Monday, February 24, 2020

ZIKIR YA NAK..

Tanpa sedari air mata menuruni pipinya..tanpa di undang..fikiran nya mengimbau masa lalu..

Indahnya tika dulu..dia dan hubbynya sama sama membesarkan anak anak..hinggalah mereka mempunyai haluan sendiri,dengan lain kata mempunyai kehidupan sendiri.Pun begitu onak dan duri di harungi jua.Biasalah nak..itu mainan hidup..jugak dugaan dariNya .

Sabarlah nak,sedikit sahaja dugaan itu..ceriakanlah hati nak..
Ingat lagi di satu blog..entah apa namanya...syahdu membaca rintihan blogger itu.



   

KOTA PADANG tunaikan hasrat ibu.

Dari tahun lepas lagi ibu teringin melihat tempat Malin Kundang,di Air Manih.Cerita mitos dimana Malin Kundang menjadi batu kerana menderhaka kepada ibunya...  Walaupun cerita mitos tapi ibu tetap ingin melawat tempatnya.Lagi pun ibu suka tempat tempat bersejarah .
Jadi,last Friday kami sekeluarga ke Kota Padang.
Sampai di airport Minangkabau...kami di sambut olih Pak Eka..tour guide cum Pak supir kami...bagus orangnya.
Biasalah bila dah sampai di tanah sumatera..lunch kami dengan masakan Padang..😅
Petang ....sore nya kami ke tempat Malin Kundang...kata Pak supir ...elok pergi waktu sore ...tidak panas..katanya.
Malamnya kami dinner di restoran ikan bakar..memang sedap..Dan fresh..Di Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman.

Esuk pagi kami shopping..
Waktu petangnya kami ke Masjid Raya.
Dan juga ke Teluk Bayur.
Memang cantik...sempat menikmati "sunset"di situ.
Sungguh menakjubkan.ALLAH AKBAR
Selepas dinner ..Saya n hubby ..biasalah our favourite...massage..so kami ke salon massage..🤣
Hari ketiga ..kami balik Malaysia..
Teringat kata Pak supir...Ada banyak lagi di Kota Padang tempat yg cantik cantik.



Tempat Malin Kundang(MK)





MK



MK

Telok Bayur

sunset at Teluk Bayur


muzium Minangkabau

everyday with avocado juice..hehe
ikan bakar etc



Saturday, November 23, 2019

The Last Wedding

Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik...wedding reception for my youngest son and his wife..in simple wedding,but satisfied ..
Most of our guest ..puji tentang makanan sedap...our caterer from Seremban..memang professional..cara pengurusan yang smooth.
Menu: daging masak hitam
              Dalca tulang
             Pajeri nenas
              Ayam masak merah
            Nasi minyak
           Air; tea tarik
                    Sirap
                    Air mineral
          Kueh mueh
          Apam Balik
          Bubur pulut hitam

Sebelum actual day ..kami anak beranak bekerjasama menyiapkan goodies,hand flower,"cake of ferrero rocher and hershey"..made by my doter...hmmm nak jimat dan nak kepuasan sendiri..maka kena buat sendiri.😅
Teringat semasa dalam BAKAT,semasa my hubby dalam service..ahli ahli Bakat lah yang banyak menolong bila kami adakan majlis kenduri dan lain lain.All those days...












Tuesday, November 19, 2019

cake of "FERERRO ROCHER AND HERSHEY"

Handmade by my lil daughter..



nak tempah?😉



hmmm...harga pun bolih tahan

Tapi praktikal..Tak membazir..
Kalau kek ada yg tak habis..

Doa Nabi Yunus

Dari awal lagi urusan perjalanan kami ke Ho Chi Minh pada kali ini tersangkut-sangkut.
Kami seramai 19 orang semuanya membuat lawatan sambil ber shopping ke Ho Chi Minh City selama 3 Hari 2 malam.
Saya yang mengetuai dan menguruskan perjalanan kami .
Semasa check in counter..18 orang termasuk saya telah berjaya ...tapi seorang ahli tak lepas memandangkan tarikh passportnya tamat dalam masa 4 bulan lagi.
Hampir satu jam lebih saya cuba meyakinkan pihak counter untuk meluluskan ' makcik ' ni.
Kawan kawan yang lain,saya arahkan terus masuk ke balai pelepasan..Dan tinggal saya dan makcik serta anaknya ..menunggu keputusan di buat.Dalam itu ..sambil membaca doa Nabi Yunus ...
Akhirnya dibenarkan..kami pun terus bergegas ke balai pelepasan..Dan sampai di bahagian imigresen...sekali lagi 'makcik' di tahan.Sekali lagi saya merayu agar di-luluskan..
Doa Nabi Yunus tak henti henti saya membaca...Dan di luluskan dengan menanda tangani satu borang bagi pihak imigresen.Kata pegawai imigresen:di Malaysia bolih lepas tapi di Ho Chi Minh tak tahu lah bolih lepas atau tidak.
Kami serombongan rasa bersyukur..
Sesampai di Airport Tan Son Nhat,terus ke imigresen..Saya mengiringi ' makcik'..Alhamdulillah di luluskan.
Selama di Ho Chi Minh,kami kemasjid di perkampungan orang orang Islam Champa..
Menaiki bot di Sungai Mekong,melawat pulau di situ..Dan melawat hasil tani di situ.
Shopping di outlet Hawa dan Juley..Muslim product..
Hari terakhir..kami  ke airport Ho Chi Minh..semasa check in jugak..seorang ahli kami tersilap nama bapa...dah kena bayar denda sebanyak 30usd.
Saya sebagai ketua group,saya settle kan.
Sampai di gate berlepas..masing masing relax ..tapi saya dah terbiasa..selalu melihat di board pelepasan..takut takut gate di tukar...tapi memang betul...dah hampir time boarding..gate kami di tukar ..dah jauh..
Kami tergopoh gapah ke gate baru..kesian pada ahli rombongan kami yang bertongkat...termengah mengah..
Bila dah boarding..dan the plane take off..tiba tiba seorang dari group kami jatuh sakit...di tanya olih peramugari kepada nya..samada nak plane pusing balik ke Ho Chi Minh..tapi dia nyatakan bahawa dia bolih bertahan.Dalam hatinya"kalau patah balik flight ni,terkandas semua orang di Ho Chi Minh,dan tak sanggup masuk hospital di negara asing".Ceritanya pada saya.
Alhamdulillah..kami landed di KLIA.
Saya menguruskan si sakit dengan membawa dan menemaninya ke klinik.
Dan doktor cadangkan dia di hantar ke hospital yang hampir.
Kami ke hospital..esuk harinya ..dia di benarkan balik.
Sepanjang kesulitan..gangguan itu..Saya berzikirkan doa Nabi Yunus...
Alhamdulillah.
sesampai je kami di sambut olih tour guide 


late lunch di 

melintas jalan ke kg anwa

perkampungan anwa

di masjid anwa

outlet Juley


briefing by tour guide"musa Karim"

at Mekong River

briefing by boat tour



show dari penduduk pulau

bee pollen



menikmati air kelapa yg di sediakan.

Monday, September 30, 2019

THE TJONG A FIE MANSION,MEDAN,INDONESIA

Tjong A Fie...rakyat China yang bermastautin di Medan..merupakan pioneer kebun kebun kelapa,lada hitam  dan beberapa gedung.Dan berkahwin dengan wanita Medan.Saya dan hubby sempat ke rumah penginapan Tjong A Fie dan keluarganya di bandar Medan....dan merupakan salah satu destinasi tarikan tourists.Di fahamkan beliau di hurmati olih rakyat tempatan...Dan banyak membuat kebajikan kepada penduduk di situ.



Tjong A Fie


isteri Tjong A Fie









































family tree of Tjong A Fie