Friday, February 24, 2012

ingat ya ..kanan dan kiri

drive di france dah setahun lebih.last three weeks balik malaysia,terpaksa guna kereta untuk kesana ke mari.First day hantar my daughter pergi kerja,area KL,tau je lah bandaraya yang sibuk dan of course 'jammed..'Dalam pada nak tune balik signal disebelah kanan ke kiri...selalu saja wiper cermin bergerak....hehehe..cuba bayangkan dalam cuaca panas terik tetiba wiper cermin kereta yang dipandu olih makcik ni bergerak2..dalam 'jammed'pulak tu..huhu..nasib baik saya pakai sunglasses, cover sikit.Satu lagi bila nak masuk geer selalu saja tangan kanan meraba raba ditepi pintu kanan.
Memandangkan diprovence ni,kesesakan jalanraya tak seberapa dan tambah lagi sikap 'give way'yang sering diamalkan olih local provence ni,jadi saya pun terbawa2lah cara itu di local KL ni,jadi selalulah saya di 'hon'kan olih pemandu pemandu yang lain..rupa2nya sikap 'give way' tak praktikal di KL..'the civilisation'.Bila memandu,saya pastikan saya memandu dilorong perlahan iaitu disebelah kiri di Malaysia dan di France disebelah kanan.Sekarang saya di France,so kena adjust balik kiri or kanan..

Wednesday, February 15, 2012

wajah2 kesayangan..

setiap kali saya amati wajah keduanya,terasa sayu dihati...usia yang dah jauh ...tapi masih menggagahi juga pada tanggungjawab yang seadanya..Allah menguji mereka.. Pengurbanan siisteri..'ibu tak jadilah pergi umrah ujung bulan ni..ayah tak sihat..'katanya.Dah 2 kali batalkan hajatnya demi menjaga suaminya...lagipun katanya dah 5 kali ke Mekah.
Dalam hati saya'kalau lah saya bolih tinggal lama,tentu bolih ringankan beban praktikalnya..'apa bolih buat hanya 'menjenguk sebentar saja' untuk melepaskan rasa rindu..hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini.. InsyaAllah wahai wajah2 kesayangan..sabarlah..

Tuesday, February 7, 2012

sambutan dari mereka yang kerinduan..

4 feb,sabtu petang..sampai je diruang ketibaan,,tiba2 cucu2 mertua saya datang memeluk kami dengan penuh kerinduan.Alhamdulillah kami selamat sampai ke tanah air.Kami konvoi kerumah anak sulung saya yang tinggal di Putrajaya untuk jamuan keluarga yang mereka sediakan untuk kami.
Dalam suasana yang riuh rendah,sambil menjamu selera dan ditambah lagi dengan gelagat dan kerenah cucu sulung saya. Dan kedua mertua saya pula tak berhenti2 berceritakan pengalaman mereka di France.Rasa gelihati pun ada, rasa terharu pun ada.Gelihati kerana mereka cuba meniru percakapan Perancis..tapi salah sebutannya..tapi yang pendengarnya mengiyakan..saya cuma diamkan diri tanpa memberi pembetulan..memandangkan keduanya beriya2 bercerita dan yang pihak pendengarnya terlopong.....je...hehehe....dalam hati saya..'ini dalam 2,3 bulan tak abih cerita ni....'