Friday, March 23, 2012

Menyempurnakan apa yang tersirat

"Dah dua kali dah saya bermimpi yang saya buat tahlil untuk arwah adik Bidin ni.."kata hubby sambil memandang sayu kepada saya.Saya memberi sokongan dan mengiyakan cadangan tahlil olihnya.Mungkin itu tanggung jawab, yang dapat di hadiahkan untuk arwah..
Sabtu ..17 mac..kami mengadakan tahlil dan my hubby pun berpuas hati terutama dengan kehadiran students serta sahabat handai yang banyak membantu.
Saya menelefon ibu untuk bertanya kabar.Nada suara ibu kali ini lebih bersemangat dari dihari lepas..tapi ibu masih bercerita dihari hari terakhir arwah bersamanya....ibu menjaganya seperti semasa kecil kecil dulu..makan minum di suap,bak kata 'bagai menatang minyak yang penuh' melayannya.Dan ibu redha serta berpuas hati kerana anaknya 'pergi' ketika didalam pelukannya.
Dalam hati saya..beruntung adikku,kedua ibu dan ayah berada disisi..."lahirnya, kedua ibu dan ayah berada
disisi dan kembali nya kepada Allah pun kedua ibu dan ayah berada disisi."Alhamdulillah..Apa apa pun hanya Allah sahaja yang tahu.

Wednesday, March 14, 2012

Pelukan dan Tangisan Terakhir Mu..

Adik ku..Zainun Abidin telah kembali mengadap Ilahi pada hari ini 14.03.2012 Rabu bersamaan 21 Rabiulakhir 1433. Masih terbayang lagi semasa saya balik ke kampung berjumpa dengannya pada bulan Februari yang lepas...semasa saya hendak bertolak pulang... kami bersalaman,dan tanpa sedari saya dan dia menangis dan berpelukan dan arwah mencium tangan saya.. sambil berkata"maafkanlah kita ni kak ji.."
Aduhai..sungguh memilukan disaat saat itu...
Berita kematiannya di sampaikan olih anak perempuan saya yang tinggal di Malaysia.Suami terus menelefon ibu saya tapi saya tak dapat bercakap dengan ibu buat seketika..cuma suami yang bercakap dengan ibu.Tapi, kali kedua suami menelefon ibu kerana saya perlu berbicara dengan ibu..sambil menahan sebak ..saya bertanyakan ibu.. Kata ibu: tak apa,dia pergi dengan elok,ibu dan ayah berada disisinya sampai dia menghembus nafasnya yang terakhir. Dan dia tak lekang menyebut nama Allah...tak apalah kamu tak balik sebab jauh,lagi pun kamu baru berjumpa dengannya..: Suara yang tenang dari ibu...saya yang mendengar pun tenang juga bila tahu ibu yang kehilangan anak sebentar tadi cukup tenang..mungkin itu kelebihan seorang wanita yang bergelar ibu...
Al Fatehah untuk adikku..

Thursday, March 8, 2012

Wanita..Women...Femmes....

Hari ini seperti diwarwarkan sebagai hari Wanita Sedunia..saya nak 'beremo'sikit pasal topic ni..
Wanita sebagai ibu..yang menentukan ketrampilan diri anak2 maupun nurani dan jasmani.Yang berjaya mendidik, dah tentu kepuasan baginya.Yang masih terumbang ambing,kesusahan,kepayahan ditanggung sendiri.. pada yang tanpa bantuan..tapi diteruskan juga demi anak2 tercinta.
Wanita sebagai isteri..sudah lumrah taat pada suami.Pada yang bersuamikan'indah kabar,indahlah rupa' dah tentu bonus baginya.Tapi pada yang sebaliknya..remuknya hati,pilunya hati pada suami yang dulunya kekasih.. yang selalu'mengukir kata cinta',yang selalu bertanya kabar,romantik tuturkata..Tiba2..hilang tuntunan matahatinya.. tapi diteruskan juga untuk yang gigih..tapi pada yang tewas..sedih mengenangkan nasib mereka.
Wanita kerjaya belum berstatus ibu dan isteri..'sandaran' yang sedikit sebanyak menguatkan semangat..pun begitu keinginan memiliki semuanya.Alahai..mereka lebih beruntung daripada wanita yang tak bekerjaya belum berstatus isteri dan lebih bernasib baik dari wanita yang berstatus ibu,isteri yang sering di abaikan.
Wanita solehan kalau dibiarkan ...di-ugah,dihina,digoda..selamat ke titian yang benar.
Wanita ego kalau dibiarkan..punahlah segalanya..kesian bagi mereka yang 'tewas' ini.Walau didunia mereka 'gah' terhadap apa yang mereka miliki.
Wanita untuk wanita...janganlah kerana kerakusan diri sendiri sanggup pula menghiris hati wanita yang lain.
Wanita untuk wanita...bangga dan bersyukurlah melihat kegembiraan wanita yang lain.
Wanita untuk wanita...bangunlah dari kemurungan,teruskan kegigihan sebagai umat yang sempurna.
Wanita untuk wanita...jangan lupa wanita pun ada bahagiannya didunia dan diakhirat.
Khas untuk ibu ku yang ku sanjungi,ku kagumi selama ini....

Monday, March 5, 2012

home sweet home...

Banyak juga menu hari ini..sambal tumis petai ikan bilis,gulai telur,daging goreng,isi ayam goreng kunyit, kurma udang,salad dan buah zaitun,hati ayam masak kicap...hmmm..sempena menyambut kepulangan hubby yang akan sampai petang nanti dari Kuala Lumpur.
Bila petang dan setibanya my hubby dirumah,terus kami menjamu selera kerana kami semua memang lapar.. Habis je late lunch kami..my hubby dan anak bongsu saya keruang tamu....saya masih didapur untuk menyediakan desert dan teh tarik,kegemaran keluarga.Tiba2 terdengar" hemmm bestnyer home sweet home..."my hubby bersuara..
Dalam hati saya...:Alhamdulillah', rasa hilang penat memasak,mengemas saya pada hari ini...bila mendengar luahan suami tadi..dia tak perasan pun yang saya bolih mendengar kata2nya tadi.Tapi bagi saya,sebagai seorang isteri sun
gguh terharu ...terasa diri masih 'dihargai'.Almaklumlah,sejak umur meningkat kealam 50an memang manja je..

Friday, March 2, 2012

Alahai anak bongsu ummi ni..

Memandangkan banyak masa terluang buat tika ini..ingin meluah rasa seronok dengan kehadiran sibongsu ni. Satu penghijrahan pada dirinya,walau tak sepenuhnya.contohnya...dah bolih bangun pagi,tahu je lah budak bujang sekarang ni bukannya senang nak bangun pagi.Sejak dia datang,saya biarkan dia jadi 'driver' kesana kesini.Cepat pulak bolih tune mind dia,dari seat pemandu kanan ke kekiri.Kadang-kadang dia confuse juga dengan 'Tom Tom' ni.. (GPS).Bila melalui jalan kampung dan yang sempit..'alamak..alamak..'bunyi suara garaunya.Buang sampah pun dah diambil alih olihnya..hehehe...lega..almaklumlah,tempat buang sampahnya luar kawasan rumah dan menuruni bukit sikit.TAPI..rajin sangat nak cuci pinggan dengan dishwasher..tak sempat saya nak kumpul pinggan mangkuk nak cuci dia dah 'on' machine dah...lama pulak setting tu..2.30 jam..check dalam machine cuma ada beberapa pinggan dan 2-3 biji gelas je...alahai.. sabar je lah..

etes vous de la Thailande?

Semalam,dari pagi lagi saya menunggu seseorang untuk isi minyak diesel untuk heater rumah.Sampai nak buat kerja lain pun tertangguh sebab bell rumah tu soundnya kurang so kena silent lah sikit sound dalam rumah.Tunggu punya tunggu,tengahari baru sampai..vrrruh...
Sambil menunggu diesel tu penuh tangki(store dibelakang luar rumah),saya tanya,bolih berbahasa inggeris ke,jawapnya,'tak'.tapi saya bolih lah cakap perancis sikit sikit.Tiba2 dia tanya saya;etes vous de la thailande?cepat2 saya jawap:non,je suis malaissienne. Curious juga saya ni,wajah ni macam orang siam ke...tapi terimbau masa pergi ke Bangkok dulu,bila pergi pasar,ada yang bercakap siam dengan saya.hmm..sah lah muka saya ni ala2 siam.Tapi bila saya pergi ke Ho Chi Minh pun macam tu jugak,dia orang cakap vietnam dengan saya..hmm..spesis sama lah tu..tapi terkilan juga,sepatutnya mereka ni,french,perlu mengenali orang Malaysia.Terutama Melayu Malaysia,lebih lebih lagi Melayu Muslim Malaysia..lagi tepat.
Tapi,since we are here in Provence,France..sikit sikit bolih lah local people mulai mengenali The Malaysian.But i am so proud..be a malay muslim and stay in provence.