Tuesday, May 14, 2013

Memory...part of Marseille

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

OLIVES

Morning market at Gardanne

Alleins








brocante

Business Class MAS

Rezeki bagi saya dan hubby datang tiba tiba..bukannya wang atau harta tapi rezeki dapat menikmati untuk menaiki pesawat MAS di business class untuk balik bercuti ke Malaysia baru baru ini. Selama 2 tahun lebih hubby bertugas di France dan inilah pertama kali kami balik bercuti.Seronok tak terkira saya rasa maklumlah kalau mengikut kelayakan untuk suami saya hanya layak di kelas ekonomi.







ALHAMDULILLAH

Gara Gara Anak Angkat

Semasa balik bercuti ke Malaysia bulan lepas,macam macam cerita saya dengar antaranya kisah benar seorang pekerja yang terlalu akur kepada majikannya.
Kisahnya begini,dulunya Pak Hamid ni bekerja dengan somebody yang berkedudukan tinggi dan dia mengenali keluarga majikannya dari kecil lagi iaitu semasa beliau dan majikan  membesar bersama sama.
Majikannya suka mengambil anak angkat dan anak anak ini di 'bin atau binti' nama beliau atau pekerjanya termasuk Pak Hamid.
Maklumlah dizaman 30an dan 40an dulu manalah ada undang undang yang terperinci seperti sekarang ini lagipun soal hukum hakam pun mungkin tak difahami olih mereka.Sekarang Pak Hamid dah menjangkau 80 tahun.Sekarang kedua dua majikannya(suami isteri) sudah meninggal dunia.Anak anak angkat yang di bin/binti Pak Hamid semuanya dah besar panjang.Kalau tak silap saya, dua perempuan dan seorang lelaki.Yang menjadi masaalahnya yang perempuan iaitu bila sampai masa untuk berkahwin yang memerlukan wali.Memandangkan di zaman sekarang ini, hukum hakam soal soal anak angkat selalu di war warkan dan Pak Hamid dan isterinya pun terpaksa ke mahkamah untuk 'declare' yang anak ini bukan anak mereka.So, salah seorang anak perempuan itu dapatlah berkahwin berwalikan hakim.So settle satu masaalah bagi Pak Hamid dan isterinya.
Seorang lagi anak angkat perempuan yang cukup memeningkan Pak Hamid dan isterinya.Kononnya si Muna ini sudah berkahwin dengan seorang bangsa asing kalau tak silap Pakistani or Bangladesh..entahlah..dan macam mana dia dapat kawin tak tahu cerita sebenarnya.Suami si Muna ini di katakan buat hal dengan menipu seseorang dan pihak polis sedang trace si Muna dan suaminya.Memandangkan pengenalan si Muna ini berkaitan dengan Pak Hamid dan isterinya maka kedua kalinya mereka yang dah lanjut usianya ke balai polis untuk memberi statements hal si Muna.
Sedikit sebanyak kisah yang saya tahu hubungan sebenar Pak Hamid dengan si Muna ini ialah, sudah bertahun tahun Pak Hamid tak berhubung atau berjumpa dengan si Muna ini.Tup,tup...dapat surat dari pihak polis di suruh hadir ke balai polis untuk keterangan.
Kesihan betul Pak Hamid serta isterinya..gara gara terlalu akur dan tahu mengiyakan apa saja majikan arahkan tanpa berfikir akibatnya.
Saya berdoa semuga Pak hamid serta isteri tercintanya di permudahkan semua urusan dan berada dalam ketenangan di usia yang dah jauh itu. Amin.