Friday, September 20, 2013

mon pere @ my father @ ayah saya

"Pagi ni kito gi kebo".Ayah menoleh pada saya...
dalam usia 85 tahun masih lagi bersemangat dengan kerja kerja di kebun..Pernah anak anak ayah melarang dan menasihatinya agar tidak lagi bekerja kuat atau buat kerja2 seperti menebas lalang,merumput dan lain lain tapi ayah dengan suara agak tegas menyatakan beliau ke kebun pun cuma nak keluar peluh..so jangan lah nak tahan tahan ayah dari semua itu..katanya.Kami pun akur dengan kata katanya. Satu lagi saya kagum dengan ayah saya ni..Kalau soal mengira memang cekap ..walaupun dia mengira dengan kaedah lama tapi tepat dan senang di fahami..welldone mon pere..

Friday, September 6, 2013

Disana Disini dan DiDalam Hati Saya..

Macam mana ya nak mulakan ayat luahan rasa sedih,syukur dari sesetengah orang yang tertentu termasuk saya sendiri.Biarlah saya buat cara saya sendiri lah..lah dan lah.. Hampir tiga tahun berada dinegara asing yang memang terasa terasing dengan bahasa dan budaya apatah lagi agama yang berbeza.Saya cuma nak bezakan antara baik dan buruk sepanjang pengalaman saya di negara asing ini. Dari segi tingkah laku mereka memang ada yang prihatin dan ada yang nampak anti tapi bila berseliseh atau bertandang ke premis mereka..'hello,salut,bonjour,bonsoir,bonnuit'tetap diucapkan..dengan senyum meleret..tapi ada kawan saya, orang local juga..'depa ni suka mencarut carut juga..'hmm.whatever.. Teringat anak bongsu saya berceritakan ..pengalamannya semasa menghadiri solat Jumaat di Gardanne..'Masjid'Gardanne seperti rumah kedai buka lebar 18 kaki(jangkaan saya)..pintu ditutup rapat,tidak ada jemaah diluar atau dikaki lima 'masjid' itu.Anak saya bercerita lagi..didalam nya penuh sesak dengan jemaah(majoriti Algiers,Morocco,Tunisse etc)."Bila saja mengangkat tangan untuk takbir..tiba tiba air mata mengalir laju menuruni dipipi saya"katanya.Saya pun terasa sebak juga bila dia berkata pada saya.."Ummi, saya sedih dengan keadaan 'masjid'disitu..tapi ummat Muhammad tetap mendirikan solat."Katanya lagi...bila masing masing sujud,tak menentu arah Qiblat kerana terlampau sesak.Ceritanya lagi..."berbezanya dengan negara kita ya ummi..ada masjid masjid yang besar dan indah apatah lagi dari segi keselesaannya".Masih bercerita "selesai saja sembahyang..pintu 'masjid' dikunci dan dibuka pada waktu solat seterusnya." Dalam hati saya:Bersyukur negara ku tak sampai ketahap itu bila nak solat Jumaat. Pernah terserempak dengan beberapa students yang datang bercuti ke Marseille dari Glassgow..mereka bertanyakan masjid atau surau dikawasan itu..so saya memberi arah ke 'masjid' dan terus saya berlalu dari situ untuk ke pasar,area yang sama.Kami terserempak lagi dengan students itu dan mereka berkata yang 'masjid' dikunci sehingga ke waktu solat seterusnya. Dalam hati saya:Bersyukur negara ku terdapat 'musalla2 di pusat pusat membelibelah di bandar bandar. Memang betul pendapatan suami saya dalam euro so orang kata bila berbelanja macam 'dollar to dollar',jangan convert.Tapi saya masih nak juga convert..masih nak bandingkan barang dengan harga di negara sendiri.Sememangnya berbeza..sebagai contoh::: satu kotak santan (small) harganya hampir rm 8.,Daun Pandan untuk 4/5 helai 2 euro lebih..(+- 8 rm) Dalam hati saya: memanglah semua bahan bahan itu adalah barangan import..so kalau saya makan semacam dengan local people ..baguette,croisant,tentulah tak terasa.. bolih jimat duit hehehe... dan Evian et Perrier et San Pellegrino yang hanya beberapa centime sahaja untuk satu botol di France sedangkan di Malaysia harganya jauh berbeza. Dalam hati saya: kalau di Malaysia tak payahlah nak minum Evian dan sekutunya ..jimat jangan boros..kalau tak mampulah..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Terngiang ngiang di telinga saya bila ada orang kata..saya ni suka berjalan2 semasa duduk diluar negara(dalam erti kata sebenar tak puas hati dengan aktiviti saya)..Alahai terima kasih lah kerana mengambil berat tentang kehidupan saya di France ni.. Dalam hati saya:Anak bongsu saya sudah berumur 26 tahun,dah tak ada anak yang bersekulah untuk mengurus hal hal persekulahan..so tak kan saya nak berkurung dalam rumah..kerja rumah memang tak berkesudahan..my opportunities..mengenal daerah di pelusuk South France ini yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi..Bergaul dengan local people sekurang2nya bolih berfrancais..Untungnya saya bolih drive..left hand drive..so what..seorang nenek yang berwibawa melancung dengan drive sendiri ..mahupun ke United Kingdom,Italy,Monaco,Spain dan negara EU yang lain..slogan kata...."kau ada?"maaf ya ..emo sikit. Dalam hati saya:kalau nak melayan dan nak ikut perasaan orang yang berpenyakit hati memang kita pun jadi sakit macam depa juga. Teringat kata kata semangat saya:be smart and practical.Jauh berjalan banyak pengalaman yang nak dikongsikan dengan saudara mara dan rakan taulan yang tak dapat berhijrah ke-luar negara.Kalau duduk diluar negara pun mungkin ada yang hanya duduk dirumah kerana keadaan tertentu.Apalah salahnya saya berkonsi dengan mereka.Allah Akbar..

Pisa dan tetamu tetamunya






Dah lengoh lengoh badan Add caption destinasi seterusnya ke Pisa,atau tersohor dikenali dengan 'Menara Condong'olih ahli ahli puisi kita di Malaysia. Hanya satu bangunan putih yang sepatutnya menegak teguh tapi dicipta di sengetkan..disebelah gereja di Pisa itu.Yang paling menarik dan ada kekreatifan olih para pengunjung yang mempunyai berbagai bagai gaya posing..termasuk lah my hubby,agaknya teringin jugak nak bergaya macam orang lain...whatever.. Gaya punya gaya terutama my niece yang leka bergambar dan membeli souvenir sehingga kami terlepas dan kesuntukan waktu untuk singgah di Monte Carlo,Monaco....hanya kami terus balik kerumah kami di Bouc Bel Air,France.

LYONS

Hanya 3 jam drive dari tempat saya tinggal di Bouc Bel ...Lyon merupakan tempat persimpangan menuju ke Switzerland..by road.

Teringat semasa overnight disini di sebuah hotel budget ,kami dah sampai petang ,dah melebihi 'office hour',so staff yang front desk pun dah balik..puas kami talipon tidak ada jawapan..nasib baik ada one lady as a client hotel itu juga..kami bertanyakan reservation yang dah dibuat..rupa2nya kunci bilik di letak dalam post box khas.Untuk dapatkan kunci itu , kena key in reservation number didigital box itu then barulah kunci bilik itu keluar dari box itu..so unique kan..secure..

Tuesday, September 3, 2013

Banjaran Alps (Swiss/France/Italy)

Tak sangka seusia ini , saya ,my hubby,my aunty, my nice, my daughter and my grandson(1 year and 2 months)berjaya meredahi or melepasi Banjaran Pergunungan Alps musim panas tahun ini. Memandangkan musim panas, lalu kami pun tidak menyediakan baju tebal musim sejuk or winter coat..so hanya cardigan dan baju sejuk biasa yang kami pakai.Kereta Renault Espace 7 seater yang kami gunakan dan memang selesa. Dari Interlaken kami mulai mendaki gunung gunung..memang saya terpesona dengan keindahan ciptaan Ilahi..sungai yang jernih dan bersih..ladang ladang yang teratur..rumah rumah yang cantik senibinanya.. Tapi lama kelamaannya..semakin tinggi kami kepuncaknya semakin curam tebing tebingnya..hati dah mula berdetup detap..walaupun masa untuk merentasi dari Interlaken ke Lago Maggiore perlukan masa selama 4 jam lebih tapi saya rasa seharian rasanya.Speed limit yang average ialah 50 km per hour..dan di satu satu tempat deviation dan contruction kami tempuhi yang membuat saya rasa rimas.Laluan yang dah tentunya berbengkang bengkuk. Rasa fobia bila melihat gunung gunung..