Monday, December 21, 2015
KERANA MEREKA ANAK PEREMPUAN SAYA
MY FIRST GRANDSON FROM MY FIRST DAUGHTER..
DARI KECIK LAGI MENJAGANYA SEHINGGA UMURNYA SEKARANG DAH NAK MASUK EMPAT TAHUN..AND NOW BARU KEMBALIKAN KEPADA MY DAUGHTER AND SUAMINYA UNTUK JAGAAN SEPENUHNYA.
SEPANJANG TEMPUH PENJAGAAN SAYA..DAH BANYAK MY GRANDSON BERJALAN..BUKAN NAK BERSOHOR..BUT ITS FACT..
KAMI TERPAKSA MEMBAWANYA KEMANA KAMI PERGI..
FRANCE..NEGARA YANG PERNAH KAMI STAYING HAMPIR TIGA TAHUN.
SPAIN SEMASA UMURNYA 8 BULAN...
MONACO
ITALY
ENGLAND
SWITZERLAND
AMSTERDAM
BELGIUM
SINGAPORE
CAMBODIA
INI KERANA..SAYA MEMANG TAK HARAPKAN BABY SITTER..BUKAN APA DAH MACAM MACAM STORY YANG BERLAKU MENYEBABKAN SAYA BEGITU FOBIA..
SAYA SANGGUP BERLETIH KERANA CUCU
SEMASA INVOLVE DENGAN BAKAT BASE PUN SAYA TERPAKSA BAWA BERSAMA..CONTOHNYA MEETING BULANAN BAKAT..LAWATAN KEBAJIKAN KERUMAH BALU BALU..BERBADMINTON...BERTADARUS ALQURAN..CERAMAH..DAN MACAM MACAM AKTIVITI BAKAT..
TAPI BILA ADA EVENT YANG FORMAL AND INCLUS PROTOCOLS..SAYA MEMINTA ANAK SAYA APPLY CUTI UNTUK JAGA ANAKNYA..
PERNAH SEKALI TU..SAYA DAN CUCU SAYA WITH THE STAFF CAR ON THE WAY TO ATTEND CERAMAH AGAMA.
TIBA TIBA MY HUBBY CALL MINTA SAYA KE AIR MOVEMENT UNTUK RECEIVE CHIEF OF RAAF WITH WIFE..
O LA LA...WITH MY GRANDSON..NASIB BAIK DRIVER STAFF CAR...I MEANT..MY HUBBY'S DRIVER HELP US TO TAKE CARE OF MY GRANDSON..MEMANG S.O.S..
SEBENARNYA.SEKIRANYA ..TETAMU VIP OR VVIP YANG DATANG BERSENDIRIAN..MAKA ..SAYA TAK PERLU HADIR UNTUK SAMBUTNYA..TETAPI..SEKIRANYA MEREKA OR HE DATANG WITH THE WIVES JADI SAYA KENA HADIR...ERMMM..PROTOCOL...
AND NOW MY FIRST GRANDSON SUDAH TINGGAL BERSAMA SAMA PARENTNYA..
BUT..NOW..ANOTHER GRANDSON FROM MY PETITE DAUGHTER..ONLY THREE MONTHS OLD ..TAKING OVER FROM HIS COUSIN...
KERANA MEREKA ANAK PEREMPUAN SAYA...
SAMA JUGA LAH DENGAN CUCU SAYA INI...UMUR BULAN BULANAN...WALAUPUN DALAM NEGARA..DAH PUN BERULANG
ALEK DARI KUALA LUMPUR KE PENANG..PENANG KE KUALA LUMPUR.. SOMETIME TO KEDAH
BARU DUA KALI ATTEND AKTIVITI BAKAT ..HEHEHE..
TAPI...MENANDANGKAN CUCU SAYA YANG INI BF...(BREAST FEED)SAYA TERPAKSA BERPINDAH SENDIRIAN KE KUALA LUMPUR..DEMI UNTUK TIDAK PISAHKAN ANTARA KEDUANYA..YANG SALING MEMERLUKAN..
BUKAN APA..BILA MALAM DAN BILA TIME NAK TIDUR..MULA LAH DIA BERAGAM..CARI "TETEK"
FOR ME..FEEL SO CRUEL TO SEPARATE BOTH OF THEM..
DALAM HATI..KESIHAN PULAK KAT MY HUBBY ..STAY ALONE ..MAKAN MINUM..KAIN BAJU..UNIFORM TERPAKSA URUS SENDIRI..SABARLAH SAYANG.
KERANA MEREKA ANAK PEREMPUAN KITA...
Monday, December 7, 2015
JARI JARI EMAS
LAST YEAR ..SEPERTI TAHUN INI DI MALAM ..."LADIES NIGHT",TERSELIT KATEGORI ..JARI EMAS..HADIAH YANG DIMENANGI OLIH SEORANG AJK SAHAJA..MAKLUMLAH SAYA BELUM PEKA AND OBSERVE..MASIH BARU DENGAN KATEGORI JARI EMAS INI.
THIS YEAR ..DAH FASIH DAN MAKLUM DENGAN KREDIBILITI,KEUPAYAAN,BERKALIBER..DENGAN AHLI AHLI DAN MAKLUM DENGAN DIRI MASING MASING ..SO SAYA TAK TERAGAK AGAK MEMILIH 2 ORANG ..IAITU 1 ORANG DARI AJK DAN 1 ORANG DARI AJKK.
..JARI EMAS ...BERDASARKAN PENGLIBATANNYA DARI AWAL TAHUN,PERTENGAHAN TAHUN HINGGA KE PENGHUJUNG TAHUN..TANPA HENTI.."EVERGREEN"......
SESETENGAH ORANG "AKTIVITI BERMUSIM" SAHAJA..
JADI TAK SALAH BAGI SAYA MEMILIH WANITA WANITA SEPERTI INI.
CENDERAHATI UNTUK 2 ORANG KATEGORI JARI EMAS.
BANJIR LUAR BIASA
KATA AYAH..TAK PERNAH SEUMUR HIDUPNYA ..LANTAI RUMAH TERCICAH AIR BAH...
KATA AYAH..TAK PERNAH SEUMUR HIDUPNYA ..BERPINDAH DAN MENUMPANG DIRUMAH ORANG..
KATA AYAH..INILAH PERTAMA KALI MERASA BAGAIMANA PERASAAN MENJADI MANGSA BANJIR..
KATA AYAH..SEKARANG DIA TAHU HATI BUDI SESEORANG BILA BERADA DIDALAM KESUSAHAN...
KATA AYAH..DIA REDHA..TAK APALAH..ITU PUN BERSYUKUR..SEDIKIT SAHAJA DUGAAN ALLAH BAGI.
KATA AYAH..ALLAH KAN ADA..ALLAH MAHA MENGETAHUI..
KATA SAYA..SABAR YA AYAH..INNALLAHAMAASSOBIRIN..ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR.
CRAFTS BY BAKAT BPU BUTTERWORTH
YANG MERAH ITU SAGA
YANG CANTIK ITU LUKISAN
YANG INDAH ITU BAHASA
YANG MULIA ITU KEIKHLASAN
BILA KITA IKHLAS MAKA LAHIRLAH HASIL HASIL YANG MOLEK DAN COMEL..
BANGGA DENGAN KEBOLIHAN AHLI BAKAT..EXPOSER DAN CONSULTANT YANG DIBERI..DAH ADA SIDE INCOME TROUGH ONLINE..TAHNIAH DAN ALHAMDULILLAH YA SAHABAT.
SHOES FOR FLORAL NIGHT GLAM
MEMANDANGKAN TEMA FLORAL...TERFIKIR DIDALAM HATI INGIN MEMAKAI KASUT BUNGA BUNGA...SELALUNYA BAJU JE BERBUNGA TAPI KALI INI TERASA NAK REKA SENDIRI ...
TERINGAT SEMASA DI STATE DULU..1995...PERGI KE K MART..TENGOK KASUT KASUT YANG CANTIK CANTIK SEMUANYA...DAN SEMASA MENONTON TV DISANA..RANCANGAN "EASY DOES IT"..MACAM MACAM SENICIPTA/REKACIPTA...ANTARANYA ..HOW TO CREATE YOUR SHOES LOOKS SWEET..AND ELEGANT..JADI INI ADALAH INPIRATION YANG SAYA DAPAT SEMASA MENEMANI SUAMI SAYA DI UNITED STATE..
Friday, November 20, 2015
mango lasi n mango laici
"Umi...kami nak beli brayani ..umi nak daging or ayam?"..my doter(daughter)called me..so saya beritahu padanya ..belikan ..mango lasi.
Nasi tak mahu sebab sudah kenyang.
About half an hour my doter balik..with "mango lasi".
Tanpa tunggu tunggu saya terus minum..errr..sedap..tapi rasa macam jus mango..tengok ..ada benda bentuk bulat bulat..hahaha..laici.
Tanya my doter..apa yang dia order..jawapnya..mango lasi..
Saya tunjukkan air yang saya minum with laici..kami ketawa..ini sah lah ..mamak tu silap faham..or mamak yang baru datang....
Sabau je..
Wednesday, November 4, 2015
TEKS UCAPAN PENGERUSI BAKAT SEMPENA LAWATAN TAHUNAN PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA
Bismillahirrahmanirrahim...
YBHG Puan Sri.....Pengerusi Jemaah Tertinggi Udara.Yang dihormati Datin Datin,Puan Puan serta ahli ahli Jawatankuasa Bakat dan semua ahli Bakat yang dikasihi sekelian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.....
Sayang Kumbang Mencari Makan,
Terbang Seiring Di Tepi Kali,
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Moga Di Iringi Restu Ilahi.....
Terlebih dahulu,saya selaku Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Butterworth,amat mengalu-alukan kedatangan YBHG Puan Sri dan rombongan,sempena Lawatan Tahunan ke Bakat Pangkalan Udara Butterworth.Dengan adanya kunjungan seperti ini sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan muhibbah yang sudah sedia terjalin antara kita.
Kami disini sangat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan Puan Sri dalam majlis ini.Kesudian Puan Sri menjenguk kami ahli ahli Bakat Pangkalan Udara Butterworth..sesungguhnya membangkitkan semangat untuk sentiasa memberi sokongan kepada Puan Sri agar dapat menjadikan ahli ahli Bakat yang berdaya saing,Berilmu,Berkemahiran,Berketrampilan dan Bertaqwa sekali gus menjadi satu Organisasi yang Terbilang,Cemerlang dan Gemilang.
Lazimnya ,dalam pertemuan ini,dapatlah kita mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan Puan Sri,kerana,bukan mudah untuk Puan Sri dan rombongan berkunjung ke sini.Olih itu,kami semua berharap dengan pertemuan ini,kami dapat mengenalkan diri dengan lebih dekat kepada Puan Sri dan rombongan.
Untuk pengetahuan Puan Sri serta rombongan,diantara aktiviti aktiviti yang telah pun dilaksanakan ialah,kami telah mengadakan Kem MotivasiJati Diri Anak Anak, di PLKN di Pantai Merdeka.Pertandingan Badminton antara Bakat dan Perkep IPD Kerian.Summer Camp untuk anak anak remaja,Kelas Kraftangan,Pertandingan Masakan dan Gubahan serta Malam "Ladies Night".
Tidak ketinggalan juga aktiviti keagamaan turut diadakan seperti Majlis Bacaan Yassin,sempena Pembukaan Bakat bagi tahun 2015,Kelas Al Quran dan Fardhu Ain,Tadarrus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran.Lawatan Kebajikan ke Hospital dan rumah rumah ahli Bakat,juga,menjadi satu aktiviti Bakat Pangkalan Udara Butterworth.
Untuk pengetahuan YBHG Puan Sri,Bakat Pangkalan Butterworth telah mengadakan lawatan ke Bakat Kolej Tentera Udara Alor Setar.Lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara ahli ahli Bakat.
Ucapan Terima Kasih juga ingin saya sampaikan kepada semua yang terlibat dalam majlis pada hari ini.Yang menyumbangkan masa,tenaga dan idea bagi memastikan kami dapat memperlihatkan rasa gembira kami untuk menyambut Puan Sri dan rombongan,pada hari ini.
Untuk makluman Puan Sri, saya mempunyai barisan AJK dan AJKK serta Pegawai Bakat yang sangat cemerlang dan dedikasi,yang mana tanpa mereka,tentu sukar bagi saya untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Butterworth.
This Proof that,if We Put Our Heart and Mind to do something,Even The Hardest Of Task...Can Be Done.
Akhir kata, ucapan setinggi tinggi terima kasih,khasnya,kepada Puan Sri selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara,kerana,memasukkan agenda lawatan ke Bakat PU Butterworth dalam Diary Puan Sri dan sudi hadir pada hari ini bersama dengan anggota rombongan.
Jika ada apa apa kekurangan dalam majlis hari ini,saya selaku Pengerusi Bakat,dan mewakili ahli Bakat PU Butterworth,memohon kemaafan kepada Puan Sri dan rombongan.Kami berharap Puan Sri dapat mengabadikan kenangan ini bersama-sama kami pada hari ini sehingga masa-masa akan datang.
Behind a successful man there is always a woman who supports him. Kami ahli-ahli Bakat PU Butterworth want to be that kind of women.
Sebelum saya menutup ucapan ini,marilah kita merenung sejenak kata kata hikmah ini..Ketika Lahir, Kamu Menangis dan Orang di Sekeliling mu Tersenyum,..Jalanilah kehidupan Sehingga Nanti Ketika Kamu Mati,Kamu Tersenyum dan Orang di Keliling Kamu Akan Menangis....
Kerja Di Dusun Satu Hari,
Sampai Gelap Terlupa Makan,
Saya Menyusun SePuluh Jari,
Salah Silap Harap Maafkan......
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Monday, October 26, 2015
Cukur Jambul ...
Cucu yang keempat...hmmm...first time buat cukur jambul ..selalu nya pihak besan yang buat..so this time memandangkan my "doter"(kata from Alumni ZS)berpantang dirumah saya..memandangkan masa berpantangnya dah nak habis dan cuti 2 bulan pun nak habis..jadi my hubby and me bercadang buat doa selamat dan bercukur jambul.Adat orang Melayu..begitulah..titipan nilai nilai Islam..Dengan seekur biri biri dan 4 ekur ayam dan nasi dagang serta kuih muih yang dibawa olih jiran jiran,para jemputan hanya jiran jiran terdekat sahaja..serta ustaz dari base pangkalan.. maka selesailah sudah dengan selamatnya...Aamiin.
Tuesday, October 20, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)