Thursday, January 29, 2015
Pnom Penh and Silk Island
.
Menginap dihotel yang berhampiran market adalah lebih kerana kita perlu berjalan kaki sahaja..dan kalau nak ke Silk Island ..kalau dengan tut tut mengambil masa 1 jam..tapi kalau bawa anak anak yang kecil ..tak payah pergilah..sebab dari tanah besar kita perlu menaikki open feri yang daily use by local..memang tak sesuai..dengan keadaan yang berdebu.Bagi saya yang tak pernah tengok ulat sutera hidup hidup memang excited..
Parenthood Capacity Building
Tema : Sehati Sejiwa
Penyertaan olih:Ahli Bakat dan pasangan
Perkep dan pasangan
Kemas
dan beberapa persatuan yang lain
Syaratnya ..suami dan isteri.
Saturday, January 24, 2015
Cerita semasa banjir
Dah seminggu air bah diKelantan surut..saya nekad nak balik..nak ziarah mak ayah dan saudara mara di Kota Bharu..
Masuk je di daerah Gua Musang..nampaklah kesan kesat takat air lumpur yg berselut di tepi jalan.Sampai di Manik Urai,rasa sedih,pilu bila nampak pokok ditepi jalanraya lumpur dan sampah sarap melekat lagi dipuncaknya.
Saya singgah disalah sebuah rumah disitu kerana "emergency"..sambil melintasi ruang tamu dan dapur..sempat mata melilau tengok barangan makanan yang banyak..mungkin sumbangan.
Sempat bertanya kabar..kata tuan rumah,rumahnya tak kena banjir sebab tanah tinggi tapi dirumah ada 5 keluarga yang menumpang.Sungguh mulia tuan rumah ni.Air macam ombak dan laju meredah jalan..katanya lagi..Dalam masa 3 hari air bah ditahap bahaya..ada 300 orang di atas bukit..kesejukan macam burung... katanya lagi.Masa tu helicopter berlegar legar dan ulang alik..tak bolih nak landing dan cuaca pun teruk.Hari seterusnya baru lah dapat bantuan.
Saya terukan perjalanan keKota Bharu..Dikawasan Kuala Krai pun teruk terjejas.
Di kampung saya pun tak kurang teruk jugak..tapi tak ada rumah yang hanyut..cuma selut enam inci lebih dalam rumah yang nak kena bersihkan..
Kesihan tengok ayah yang berumur 85 dan ibu yang berumur 73,masih membelek belek apa apa barangan rumah yang di selaputi selut.Sebelum ini,anak cucu tolong bersihkan lantai.
Cerita ayah...first time seumur hayatnya menumpang dirumah orang kerana banjir.
Ziarah rumah adik bongsu saya...tengoklah kak..semua nak kena buang..tapi fridge bolih pakai...keringkan..
Terpandang langsir langsir yang saya bagi...
Rumah abang sulong pun sama...
Pergi kerumah saudara terdekat pulak..dia bercerita dari awal air naik..pada hari pertama air naik..adiknya di Kuala Krai dah talipon banyak kali dah menyuruh dia packing kerana "air dah naik"
Dia keheranan,sebab dihari itu di Kota Bharu cuaca elok,tidak hujan dan panas.Dia dan suaminya sempat pergi meninjau ketempat yang air naik.Dalam masa dia ditempat air naik ,anaknya yang berada dirumah menalipon,memberitahu air sudah masuk rumah dah takat betis dah.Bergegas balik terus packing,selamatkan apa yang patut.Tapi dalam hati masih keherananta ...hujan tak ada,panas terik air semakin naik
Subscribe to:
Posts (Atom)