Thursday, July 9, 2015
Ramadhan 18/2015
"Malam ni kita tidur di Alor Setar lah."
Tanpa fikir banyak selepas berbuka,iftar kami pun bertolak ke Alor Setar..sebelum tu my hubby and me ada reunion with MCCOBA bahagian utara..jamuan durian.Dalam hubby bersembang dengan rakan rakannya..matanya tak lekang memantau whatsaap..pantau kabar berita ayahandanya yang sedang sakit.
Dah hampir tengah malam..tiba tiba mukanya berubah.."ayah pengsan.."katanya.
Kami pun bergegas balik .
Ayahandanya menghembus nafas terakhir nya pada 3.50 pagi..
Dari hospital Tengku Mizan jenazah sampai dirumahnya pukul 6 a m lebih .
Kami sampai ..ramai jiran jiran datang menziarah.Dalam pukul 10 am lebih..arwah dibawa ke masjid untuk dimandi dan dikafankan.
Alhamdulillah arwah mempunyai anak lelaki ramai dan cucu cucu pun ramai yang lelaki.
Mandi dan kafan di lakukan olih mereka semua.Dan arwah disemadikan di perkuburan Raudhatul Sakinah.
Tergerak hati bertanyakan pada hubby perasaannya..katanya..everything fine..tapi bila time memandikan ayahandanya yang tersentuh jiwanya...Bila air di-alir ketangan ..tiba tiba airnya mengalir tanpa henti..dalam hatinya berkata.."Ya Allah,tangan inilah yang memberi aku dan adik adik ku makan.."
Bila air sampai dikaki..masih menangisi..
Dalam hatinya.."Ya Allah, kaki inilah yang keluar mencari rezeki untuk aku dan adik adik ku.."masih tersedu walaupun anak kami,Luqman menggosok perlahan bahu ayahnya..tanda supaya redha dan sabar.Kembali nya arwah di bulan yang mulia.Allah Akbar.
Baru bulan Mei lalu,anak saudara my hubby kembali kerahmatullah...di kebumikan pada 15 Mei..
Yang kuat dugaan yang diterima ialah adik pertama my hubby,TK...last Mei kehilangan satu satunya anak lelaki...dan di bulan puasa ini kehilangan ayahanda tercinta pula..so far..hatinya tabah..semangatnya kuat..redhanya atas ujian Allah padanya.
Sememangnya naluri..hati..jiwa..perasaan manusia yang memang lemah ..tetap terasa rindu,sayu disaat saat tertentu..mengimbau masa bersama dengan orang yang disayangi..
Friday, July 3, 2015
Ramadhan 2015..
Alhamdulillah,15 hari dah kami berpuasa..dan kami Bakat TUDM,Butterworth pun habis bertadarus.Puas hati saya dapat mengkhatam Quran setiap kali Ramadhan.
Tapi bulan puasa kali ini banyak travel ke rumah mertua..memandangkan kedua mertua kurang sihat..
Tapi..saya dapat balik ke kampung dan berkesempatan berbuka puasa bersama sama ibu dan ayah serta adik beradik tercinta.
Suasana yang cukup terharu,penuh nostalgia tanpa adik saya yang telah pergi dulu ke rahmatullah.Pun begitu suasana ceria tetap terpancar dengan cerita cerita lucu olih adik beradik saya.Sebelum berbuka ayah membaca doa...jelas satu kepuasan,gembira dengan majlis berbuka puasa.
Saya pun puashati dapat makan ayam percik...kerabu sare...pulut lepa..nekbat...gerodok..
Yang letih nya...drove from penang to east coast and from penang to kuala lumpur.tapi hati memang puas hati..
Hari ini..9 july..selesai khatam Quran beramai ramai di Dewan Setia.Seramai 140 orang,disertai olih ahli bakat dan anggota .Hmmm..lebih ramai dari tahun lepas..semangat bertadarus..Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)