Friday, November 20, 2015
mango lasi n mango laici
"Umi...kami nak beli brayani ..umi nak daging or ayam?"..my doter(daughter)called me..so saya beritahu padanya ..belikan ..mango lasi.
Nasi tak mahu sebab sudah kenyang.
About half an hour my doter balik..with "mango lasi".
Tanpa tunggu tunggu saya terus minum..errr..sedap..tapi rasa macam jus mango..tengok ..ada benda bentuk bulat bulat..hahaha..laici.
Tanya my doter..apa yang dia order..jawapnya..mango lasi..
Saya tunjukkan air yang saya minum with laici..kami ketawa..ini sah lah ..mamak tu silap faham..or mamak yang baru datang....
Sabau je..
Wednesday, November 4, 2015
TEKS UCAPAN PENGERUSI BAKAT SEMPENA LAWATAN TAHUNAN PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA
Bismillahirrahmanirrahim...
YBHG Puan Sri.....Pengerusi Jemaah Tertinggi Udara.Yang dihormati Datin Datin,Puan Puan serta ahli ahli Jawatankuasa Bakat dan semua ahli Bakat yang dikasihi sekelian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.....
Sayang Kumbang Mencari Makan,
Terbang Seiring Di Tepi Kali,
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Moga Di Iringi Restu Ilahi.....
Terlebih dahulu,saya selaku Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Butterworth,amat mengalu-alukan kedatangan YBHG Puan Sri dan rombongan,sempena Lawatan Tahunan ke Bakat Pangkalan Udara Butterworth.Dengan adanya kunjungan seperti ini sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan muhibbah yang sudah sedia terjalin antara kita.
Kami disini sangat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan Puan Sri dalam majlis ini.Kesudian Puan Sri menjenguk kami ahli ahli Bakat Pangkalan Udara Butterworth..sesungguhnya membangkitkan semangat untuk sentiasa memberi sokongan kepada Puan Sri agar dapat menjadikan ahli ahli Bakat yang berdaya saing,Berilmu,Berkemahiran,Berketrampilan dan Bertaqwa sekali gus menjadi satu Organisasi yang Terbilang,Cemerlang dan Gemilang.
Lazimnya ,dalam pertemuan ini,dapatlah kita mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan Puan Sri,kerana,bukan mudah untuk Puan Sri dan rombongan berkunjung ke sini.Olih itu,kami semua berharap dengan pertemuan ini,kami dapat mengenalkan diri dengan lebih dekat kepada Puan Sri dan rombongan.
Untuk pengetahuan Puan Sri serta rombongan,diantara aktiviti aktiviti yang telah pun dilaksanakan ialah,kami telah mengadakan Kem MotivasiJati Diri Anak Anak, di PLKN di Pantai Merdeka.Pertandingan Badminton antara Bakat dan Perkep IPD Kerian.Summer Camp untuk anak anak remaja,Kelas Kraftangan,Pertandingan Masakan dan Gubahan serta Malam "Ladies Night".
Tidak ketinggalan juga aktiviti keagamaan turut diadakan seperti Majlis Bacaan Yassin,sempena Pembukaan Bakat bagi tahun 2015,Kelas Al Quran dan Fardhu Ain,Tadarrus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran.Lawatan Kebajikan ke Hospital dan rumah rumah ahli Bakat,juga,menjadi satu aktiviti Bakat Pangkalan Udara Butterworth.
Untuk pengetahuan YBHG Puan Sri,Bakat Pangkalan Butterworth telah mengadakan lawatan ke Bakat Kolej Tentera Udara Alor Setar.Lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara ahli ahli Bakat.
Ucapan Terima Kasih juga ingin saya sampaikan kepada semua yang terlibat dalam majlis pada hari ini.Yang menyumbangkan masa,tenaga dan idea bagi memastikan kami dapat memperlihatkan rasa gembira kami untuk menyambut Puan Sri dan rombongan,pada hari ini.
Untuk makluman Puan Sri, saya mempunyai barisan AJK dan AJKK serta Pegawai Bakat yang sangat cemerlang dan dedikasi,yang mana tanpa mereka,tentu sukar bagi saya untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Butterworth.
This Proof that,if We Put Our Heart and Mind to do something,Even The Hardest Of Task...Can Be Done.
Akhir kata, ucapan setinggi tinggi terima kasih,khasnya,kepada Puan Sri selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara,kerana,memasukkan agenda lawatan ke Bakat PU Butterworth dalam Diary Puan Sri dan sudi hadir pada hari ini bersama dengan anggota rombongan.
Jika ada apa apa kekurangan dalam majlis hari ini,saya selaku Pengerusi Bakat,dan mewakili ahli Bakat PU Butterworth,memohon kemaafan kepada Puan Sri dan rombongan.Kami berharap Puan Sri dapat mengabadikan kenangan ini bersama-sama kami pada hari ini sehingga masa-masa akan datang.
Behind a successful man there is always a woman who supports him. Kami ahli-ahli Bakat PU Butterworth want to be that kind of women.
Sebelum saya menutup ucapan ini,marilah kita merenung sejenak kata kata hikmah ini..Ketika Lahir, Kamu Menangis dan Orang di Sekeliling mu Tersenyum,..Jalanilah kehidupan Sehingga Nanti Ketika Kamu Mati,Kamu Tersenyum dan Orang di Keliling Kamu Akan Menangis....
Kerja Di Dusun Satu Hari,
Sampai Gelap Terlupa Makan,
Saya Menyusun SePuluh Jari,
Salah Silap Harap Maafkan......
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)