Dari awal lagi urusan perjalanan kami ke Ho Chi Minh pada kali ini tersangkut-sangkut.
Kami seramai 19 orang semuanya membuat lawatan sambil ber shopping ke Ho Chi Minh City selama 3 Hari 2 malam.
Saya yang mengetuai dan menguruskan perjalanan kami .
Semasa check in counter..18 orang termasuk saya telah berjaya ...tapi seorang ahli tak lepas memandangkan tarikh passportnya tamat dalam masa 4 bulan lagi.
Hampir satu jam lebih saya cuba meyakinkan pihak counter untuk meluluskan ' makcik ' ni.
Kawan kawan yang lain,saya arahkan terus masuk ke balai pelepasan..Dan tinggal saya dan makcik serta anaknya ..menunggu keputusan di buat.Dalam itu ..sambil membaca doa Nabi Yunus ...
Akhirnya dibenarkan..kami pun terus bergegas ke balai pelepasan..Dan sampai di bahagian imigresen...sekali lagi 'makcik' di tahan.Sekali lagi saya merayu agar di-luluskan..
Doa Nabi Yunus tak henti henti saya membaca...Dan di luluskan dengan menanda tangani satu borang bagi pihak imigresen.Kata pegawai imigresen:di Malaysia bolih lepas tapi di Ho Chi Minh tak tahu lah bolih lepas atau tidak.
Kami serombongan rasa bersyukur..
Sesampai di Airport Tan Son Nhat,terus ke imigresen..Saya mengiringi ' makcik'..Alhamdulillah di luluskan.
Selama di Ho Chi Minh,kami kemasjid di perkampungan orang orang Islam Champa..
Menaiki bot di Sungai Mekong,melawat pulau di situ..Dan melawat hasil tani di situ.
Shopping di outlet Hawa dan Juley..Muslim product..
Hari terakhir..kami ke airport Ho Chi Minh..semasa check in jugak..seorang ahli kami tersilap nama bapa...dah kena bayar denda sebanyak 30usd.
Saya sebagai ketua group,saya settle kan.
Sampai di gate berlepas..masing masing relax ..tapi saya dah terbiasa..selalu melihat di board pelepasan..takut takut gate di tukar...tapi memang betul...dah hampir time boarding..gate kami di tukar ..dah jauh..
Kami tergopoh gapah ke gate baru..kesian pada ahli rombongan kami yang bertongkat...termengah mengah..
Bila dah boarding..dan the plane take off..tiba tiba seorang dari group kami jatuh sakit...di tanya olih peramugari kepada nya..samada nak plane pusing balik ke Ho Chi Minh..tapi dia nyatakan bahawa dia bolih bertahan.Dalam hatinya"kalau patah balik flight ni,terkandas semua orang di Ho Chi Minh,dan tak sanggup masuk hospital di negara asing".Ceritanya pada saya.
Alhamdulillah..kami landed di KLIA.
Saya menguruskan si sakit dengan membawa dan menemaninya ke klinik.
Dan doktor cadangkan dia di hantar ke hospital yang hampir.
Kami ke hospital..esuk harinya ..dia di benarkan balik.
Sepanjang kesulitan..gangguan itu..Saya berzikirkan doa Nabi Yunus...
Alhamdulillah.
sesampai je kami di sambut olih tour guide
late lunch di
melintas jalan ke kg anwa
perkampungan anwa
di masjid anwa
outlet Juley
briefing by tour guide"musa Karim"
at Mekong River
briefing by boat tour
show dari penduduk pulau
bee pollen
menikmati air kelapa yg di sediakan.