Saturday, December 10, 2011

never mind oh never mind...

Dah hampir tengah malam,mata masih segar lagi...ambil kesempatan..teringat masa kecil dulu dialam 'primary school'.Saya dan kakak saya hanya 1 tahun sahaja beza umurnya.So kami adek beradek dan kamilah kawan rapat.. ceritanya macam ni..kami bersekulah 'melayu',abang saya bersekulah 'orang putih'..kami ni berminat sangat nak ber cakap bahasa inggeris ni..minta dengan abang saya satu perkataan ..abang saya kata"ginilah kau cakap nevermind bila orangtanya kamu"Apalagi..saya dan kakak seronok tak terhingga bila dapat cakap satu perkataan orang putih...
Mulai hari itu,kami berdua dengan bangga bila ada kawan2 bertanya dengan kami,kami terus cakap"nevermind.." Tersohorlah dengan kawan2 sekampung yang saya ni reti berbahasa orang putih..Nak tahu macammana soalan2 mereka? 1)eh kau dah makan ke belum?jawap saya...never mind..
2)nak kemana tu? jawap..never mind..kadang2 kami menjawap serentak..hehehe..cuba bayangkan...
3)sedaplah makan kat rumah makcik tadi. jawap...never mind...
never mind..never mind..never mind..selama seminggu dengan perkataan tu...adalah seorang hamba Allah ni bertanya kat saya ..kamu tahu ke erti never mind tu?tak..jawab saya,sambil tersipu2 malu..

Friday, December 9, 2011

macaron from provence...

Famous betul macaron yg dibuat dari putih telur..dan bermacam macam perisa:lemon,caramel,coffee,orange, strawberry,passion fruits,chocolate,vanilla,pistachios etc..manis memang manis..tapi lembutnya..saya mengikuti kelas masakannya..masa mix bahan2 untuk macaron tu sekejap sahaja tapi bila dah selesai acuannya,biarkan selama 50 minit...barulah dibakar dengan suhu yang tertentu.Masa diangkat dari oven tu..make sure humidity kering dan tidak sejuk,kalau sejuk yang bahagian bawahnya berlubang2...photo yg saya terakan disini: yang macaron chocolate dibawahnya tak elok disebabkan suhu sejuk semasa dikeluarkan dari oven.Dan macaron yg orange(passion fruits)dibawahnya elok kerana suhu yang kering..Dan untuk "la ganache " intinya..mix semua bahan2 dan disimpan dalam peti ais selama 30 minit.Bagi saya yang baru nak belajar memang rasa lama..yang dah biasa tak jadi masaalah..apa2 pun pengalaman itu penting..Macaron adalah sesuai dengan suhu yang kering..(dalam musim panas lagi sesuai...)kalau saya ,rasa teringin nak makan ..beli je lah..hehehe..kecuali nak buat jamuan ..buat jugalah...



Monday, December 5, 2011

Tetamu-tetamu dimusim Autumn..

26 Dec hingga 4 Dec memang full house..seramai 10 orang kesemuanya.Apalagi siapkan menu2 dan program2 ke destinasi2nya semasa penginapan mereka.Teringat kata pepatah"orang berbudi kita berbahasa",apabila seorang staff hubby saya offer kan renault espace 7 seater padanya..lega...so dapatlah kami membawa semua tetamu2 ke destinasinya.Biasalah area Provence iaitu Fontaine-de-Vaucluse(pilihan utama),I'Isle-sur-Sorgue,Marseille, Aix-En- Provence.Response dari mereka sememangnya mereka berpuas hati dan kata mereka"nak datang lagi"...hahaha... kan dah kata dah jatuh hati dengan alam semula jadi di Provence ini."thanks for the hospitality"ucapan dari mereka. Saya happy sebab dapat memberi layanan yang seadanya...letih memang letih,penat memang penat..tapi kepuasan yang penting untuk tetamu2 yang di hurmati.Semuanya dari Malaysia...dan akan balik ke Malaysia tak lama lagi. Hari ini,seperti biasa berkemas rumah dengan dibantu olih 3 maid saya..tanpa maid maid ni susah juga saya...siapa ya?? dishwasher,vacuum cleaner,washing machine...hehehe..voila..TAPI yang paling saya puas hati ialah saya adalah orang perantaraan tetamu saya untuk membeli belah..Alhamdulillah..nikmat Allah berikan pada saya.


Tuesday, November 22, 2011

autumn o autumn...


"Jom lah tidur.."saya menoleh kat my hubby,"haah,jomlah..",kata my hubby.Saya bangun dari sofa dan terpandang jam di dinding..baru pukul 7.30 malam..saya dan hubby ketawa terkekeh-kekeh..Inilah gara-gara masuk musim luruh.. So,kami sambung balik menonton TV,tukar channel ...just imagine..waktu maghrib pukul 5...Isya' 6 lebih.. Tinggal di Provence, di kawasan ini kalau malam..kedai2 cepat tutup cuma kedai makan sahaja,itu pun tak sampai pukul 12 malam.'no life at night'... kalau Ho Chi Minh,Vietnam..'the city that never die'..tetiba teringat semasa di sana.
Autumn ni,lapar pun cepat lapar..bila pagi,saya yang bersarapan awal dari my hubby.Alamat 'ternak bodylah'(kata kawan baik saya)..dan my hubby dah bersiap2 nak ke pejabat dan saya sekali lagi menemaninya bersarapan heee..
Satu yang saya suka musim ini,lalat tidak kelihatan langsung di waktu kita memasak dan menghidang makanan. Tahu je lah,masakan Melayu..belacan,udang kering,budu ,ikan jeruk masin,etc..sampaikan madame tuan rumah teringin datang melihat apa yang saya masak tiap2 hari.Pernah juga saya menghulurkan masakan saya padanya..'c'est bon..
c'est bon..'katanya..kembang hidung makcik ni pulak ..hahaa..Alahai autumn baru bermula..banyak lagi 'happening'..
'My business card'dah mula berjalan..so hopefully,musim yang mengantuk dan lapar ini dipenuhi dengan aktiviti2 luar dan bermanafaat. Opss..hujung bulan ini dan awal bulan depan..FULL HOUSE..oo la la..
.

Tuesday, November 15, 2011

Beramah Mesra dengan Ibu2 students IBS...

IBS-International Bilingual School,Luynes,France...semacam tidak percaya IBS adalah tempat belajar bagi saya yang sudah berumur 52 tahun(study in French Language).Tapi itulah nikmat Allah berikan pada saya.Alkisah dengan ibu2 students ini,sebenarnya saya dijemput utk berkenalan dengan mereka ini yg terdiri dari berbagai2 bangsa dan negara.Sambil memperkenalkan masakan Malaysia olih kawan saya,ada one lady dari German..asking about Halal, so saya terangkan.. mereka bolih terima dan faham..saya bukannya arif sangat tentang semua tu tapi pada mereka kena exlpain secara saintifik..Teringat saya semasa di U.S dulu(1995),saya bagi penerangan pada one lady from Costa Rica, Marcella namanya..hampir 2 jam bersoal jawab tentang Islam.Akhirnya dia bolih accept kecuali dia tak setuju dengan lelaki Muslim dibenarkan kawin 4..saya tak sempat explain padanya kenapa bolih berbuat demikian kerana masa tak mengizinkan. So,dengan ibu2 ini, kami banyak berbincang tentang masakan..kami memperkenalkan kueh Onde-Onde yang merupakan favourite dessert hari ini,tak henti2 mereka memuji kueh ini..hehehe..bangga..(kawan saya yang buat),saya tumpang sekaki heee...Most of them very keen nak tahu lebih banyak lagi masakan Malaysia, yalah kat sini menunya tak sebanyak masakan Malaysia.Just imagine..kawan saya perkenalkan acar mentah(timun, nenas),mereka surprise..nenas bolih dibuat 'salad'.mereka bertanyakan menu harian kami..kami jawap:at least ada 3 to 4 menu,mereka pun terkejut juga..(menunya e.g;ikan goreng,gulai,sayur,sambal).Dari sini,saya perhatikan 'table manner' mereka,perception mereka tentang masakan Malaysia.Dalam pada itu sempat juga saya explain pada mereka sikap P.A.C.(parent.adult.child.)pada mereka dalam mendidik anak2..but the culture is different..

Saturday, November 12, 2011

Provence...Part 1

Avignon-tempat bersejarah..Palais Des Papes...kedai tutup sebab tersilap hari...on weekend..
Luberon-is classic provence and fragrant fields of sunflowers and lavender...
Lourmarin-Renaissance chateau since 16th century...sebelum sampai diLourmarin..kami makan buah langsat....
hehehe..sesat..
L'Isle-sur-la-Sorge-di kelilingi olih air sungai yang jernih dan sejuk..second largest antique market(after Paris)
Fontaine-de-Vaucluse- the best place bagi saya setakat ini..aliran air dari gunung..(tucked at the edge of the plateau de Vaucluse).kecantikannya has been the inpiration of writers and poets..extraordinary phenomena..
Cavaillon- cuma lalu sahaja...pergi balik ke Fontaine-de-Vaucluse.
Arles-famous for its connection to Van Gogh (pelukis)..dan beberapa peninggalan sejarah .Sabtu pasar tani..
Aubagne-sempat ronda2 cari tempat brocante..hehehe..
Martigues-pekan yang bolih dikatakan tersusun ...
Marignane-ada airport intercity...
Gardanne-pasar minggu..cuma 7 minit dari rumah saya...
Toulon-pernah naik bot di waktu penghujung winter...kesejukkan...
St.Tropez, Cannes..teringat mr Bean..hehe..,St-Maximin-la-Ste-Baume,Fos-sur- Mer,CassisToulouse,Digne-les-Bains,Gap, Sisteron,Toulouse...setakat ni je yang saya ingat...

Sunday, November 6, 2011

MENYAMBUT HARIRAYA DI CHEMIN DU COLLET BLANC, BOUC BEL AIR

Sambil my hubby rancak melayan tetamu diruang tamu(kawan2 sekerjanya),menikmati teh tarik yang saya siapkan sebentar tadi...saya pun mengambil peluang ini untuk mencerita hal sambutan hariraya....mengasah minda... Pukul 8.30 pagi dah mula takbir raya,biasalah students dari provence dan staff serta anak isteri masing2..lebih kurang 60 orang yang hadir..ALHAMDULILLAH..bila takbir disambut beramai-ramai..tiba tiba air mata saya meleleh menuruni pipi ...sebak...tiba2 teringat kat budak2 di Malaysia(anak2 saya),terimbau ibumertua saya bertanyakan nasi kerabu yang biasanya setiap kali raya saya buatkan.Dalam saya sembunyi 2 mengesat airmata...terperasan seorang student perempuan disebelah saya pun mengesat airmata..saya bolih agak..tentu terkenang kan ibu dan ayahnya di kampung...sabarlah nak..dah lumrah tatacara hidup sebagai perantau..kita dimajlis ini pun bersyukur dapat menunaikan sembahyang Aidiladha....ada yang tidak bernasib baik tidak dapat bertakbir dan bersolat hariraya. Bila dah selesai takbir,solat dan khutbah..makan time....
Ah Ha...menunya..'Style Pot Luck' olih isteri2 seramai 4 orang termasuk sayalah.Saya,biasalah 'ore klate' dengan nasi dagang,gulai ikan tongkol,gulai daging...saya panggil nasi dagang ekspres(tak kukus)..So, isteri2 yang lain buat Nasi Tomato dengan kurma daging, mee bandung dan ketupat daun pisang dengan rendang ayam..voila...pencuci mulut pulak macam2lah..Alhamdulillah..saya bolih puji pada isteri2 ni kalau bab menu memang handal...lagipun suka voluntier..Alhamdulillah..moga2 bertambah berkat dan rezeki mereka...amin...
Yang paling seronok bila melihat students menjamu selera,dapat merasa masakan Melayu...

Wednesday, November 2, 2011

Pergunungan Cereste...

Pagi2 lagi my hubby ke pasar arab di Marseille..heran juga saya...dan saya tinggal dirumah untuk sediakan sarapan.
Bila hubby balik.."jom kita pergi Cereste"..saya pun seperti biasa cepat2 berkemas .Alahai..seperti biasalah bila weekend,kami ketempat brocante.
Perjalanan ke Cereste,kami melalui lebuhraya yang bertol...my hubby dah serik ikut jalan biasa...kadang2 'tom tom' tak bolih nak baca arah..ia jadi hilang arah..tak up date...
Sepanjang perjalanan kami..saya mula terperasan musim autumn dah bermula...daun daun pokok sudah berguguran..daun daun dah berwarna kuning keemasan bila terkena pancaran matahari..daun daun berwarna perang,brown,merah dan lain2 warna yang cukup cantik..bagi sayalah..
Bila kami melalui satu satu ladang anggur...deretan2nya yang berwarna perang,kuning emas..on the way ke tempat yang dituju kami melalui..daerah Luberon..
Sambil menikmati pemandangan ..rasa lama pulak perjalanan kami ni...baru realise kami semakin tinggi ...dan jalan pun semakin sempit...adui...rasa 'gayat'...jalan yang bengkang bengkok..teruskan juga...
Sebenarnya disamping berbrocante kami ingin menjelajah kawasan Provence..so 2 in 1..
Lebih kurang 1 jam lebih,kami sampai..barang2 tak menarik pun..tapi kalau yang suka barangan lama memang berbaloi lah..tempat yang memang macam cerita dahulu kala...

Sekadar Pantauan..

Dari jauh ..sebagai ibu hanya memantau dari jauh....
hanya dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar..
sekiranya ibu ini berada disamping kamu sekelian sudah tentu masaalah yang tersimpul dapat di uraikan.
itulah..bila anak anak sudah biasa dengan kemudahan....sedikit kepayahan dah satu perkara besar...
Allah bagi kita akal yang waras untuk berfikir..fikir..fikir..fikir...
Allah menguji kesabaran kita..Insyaallah..sebentar lagi akan hilanglah gundah kamu itu.

Tuesday, October 11, 2011

Renungan Dari Jauh..Bahagian 1..

Terkilas lalu wajah wajah kawan2 yang terpampar di wall fb kawan saya(kawan sukaduka dialam remaja )..reunion yang dianjurnya cukup menyentuh hati saya..sedih juga saya tiada disana.Tapi ..Alhamdulillah,atas jasa baiknya,walau pun jauh saya dapat merasai suasana itu.Tahniah my dear...
Buat yang lain ada juga membantu..bila mengamati gambar2 lama ...rasa bermacam2 rasa..nak tergelak ada, nak sedih ada,rasa terkilan ada(terutama gambar kelas...saya tidak hadir huhuhu.....)tapi cukup membuat hati saya terhibur..
Bila tengok wajah2 yang seadanya kini, ada yang dapat dikenali dan ada yang termangu2 saya untuk mengingati. Ahhaa....ada kawan upload gambar cikgu2...dan masing2 cuba meneka dan bercerita tentang kisah2 yang memang
membuat saya terkekeh2 ketawa sendirian..Aduiii..saya ingat demo2 ni dah habis dah 'rugged minded',rupa2nya... emm.....sama je...tapi well behave....voila..
Antara story yang kawan2 saya cerita :beli colek(cicah)..bila habis kelas je..cepat2 menuju ke' pakcik colek'di
luar pagar sekulah..'best giler'colek buah nga keropok.Bila tengok cikgu chemistry(dah lupa nama),teringat saya dan
beberapa kawan saya kena berdiri diluar kelas sebab tak siap homework.. heheheee..sebenarnya tak berminat chemistry..Hohooo....cikgu disiplin...memang namanya disetiap bibir mulut anak murid..tapi jasanya memang berkesan.Cikgu Home Science(masa form 1 and 2)..ada 2 cikgu iaitu cikgu garang dan cikgu baik..Cikgu Physic.. kami panggil Mr.Jilo..(sebab 'zero' disebut 'jilo')...bila hari kantin,kelas kami yang banyak dapat kumpul duit...kelas terbersih...form teacher kami seorang yang pendiam dan susah nak senyum apatah lagi nak ketawa..
tapi kami sekelas buat dia ketawa terkekeh2..Imbau kembali semasa dalam lab biology..tajuk respirotary system..
masing2 bawa katak untuk eksperimen..tiba2 seekur katak terlepas..bertempiaran lari..ada yang lari kegelian.. ada yang lari untuk mengejar katak tu..hahahaa..memang seronok tika ini.
Itulah kawan2 sekelas saya(masa form 4 and form 5)..tidak pernah bertelingkah..masing2 ada keistimewaannya.. semacam adek beradek..walaupun ada yang berkerabat di raja,yang berada,yang berkedudukan tinggi..tapi semua itu tolak ketepi...saya rindukan mereka mereka ini..

Tuesday, October 4, 2011

Pasar Murah,Pasar Mahal

Dah 8 bulan saya tinggal di Provence,France ni.Explore tempat pun banyak dah,rasa2nya pengalaman tu dah luas sikit.Alhamdulillah.Tentang beli membeli pun bolih tahan jugak..cuma duit saja yang tak tahan..hehheee..
So,untuk menahan duit yang tak tahan ni terpaksalah bertanya kabar dengan local people ni tempat2 yang murah.
Dapatlah satu tip....kalau nak beli daging,ayam,kambing HALAL pergi lah ke Vitrolles,Gardanne dan Marseille.Bila saya survey,tahu dan fahamlah semua tempat yang disyorkan itu adalah dimana ramai Algeria,Tunisia dan Moroco yang berniaga disitu.Tidak semestinya daging halal sahaja yang murah bahkan ikan,barang2 dapur,sayur2an,buah2an dan apa2 barang yang lain pun memang murah especially di Marseille.
Kalau tempat2 mahal pulak biasalah di marche...kalau bab baju blouse,cardigan tu baik beli kat Malaysia jauh lebih murah kecuali yang berjenama yang bersale...itu patut grap...tak grap rugi tau....
Olive,memang fresh selalu...memang tempat lahir olive so puas hati kalau memakannya...hitam,hijau,putih,biji kundang dan light brown warna2nya.Minyak olive pulak kalau nak yang murah bolih didapati di Carrefour yang berjenamanya dan saya fikir berkualiti.Jus buah2an pulak kalau nak yang murah pun bolih didapati di Carrefour. Tentang minyak masak pulak..dari minyak sayur dan bunga2 pun murah di marche...daripada kedai2 Arab.
Jadi dua perbezaan nya..yang mana nak dibeli...untuk berjimat dan untuk dapatkan yang berkualiti.

Sunday, October 2, 2011

Di InterMarche

Pergi ke InterMarche.,di Bouc Bel Air,.doing some groceries dengan my hubby.Seronok juga memilih2 barang maklumlah bersama2 dengan suami ni rasa bebas nak ambik2 barang...especially tang ..membayar..
lebih kurang 1 jam lebih,kami ke counter bayaran..satu persatu cashier tu scan barang2 kami..Tiba2 dia menoleh kepada saya dan bercakap dalam bahasa perancis dengan lajunya,sambil menunjuk2 baju yang saya ambil dan tag harga di baju itu.Terpinga2 saya dan suami..je ne comprend pas.. anglais s'il vous plait..saya cakap padanya.Dia kata ;non je ne parler pas anglais.Dia pun terus memanggil security guard,minta dia bercakap dalam bahasa English.tapi si mamat ni pun tak reti juga...aduh..so...nasib baik ada one lady datang explain;baju yang saya beli tu kalau tak padan dan untuk buat tukaran, bolih, tapi mesti tunjuk resit dan tag harga baju tu.Oooo begitu...sambil itu cik cashier tadi, sambil menunjuk2kan seluar dalam yang suami saya beli tu..dia katakan seluar dalam tu tak bolih ditukar setelah di beli...kami :termasuk 2 dan 3 orang customers serta security guard ketawa terkekeh2.hai..makcik ni buat joke pulak.. begitulah ...bahasa...

Sunday, September 25, 2011

Hari hari berlalu..gula2 hacks..

Sepanjang perjalanan,perantauan,penginapan dan per dan per lagi tu..macam macam kerenah berlaku.Kesabaran tunjang utama buat masa ini.
Dah cakap dah..yang tak bolih..yang bolih..selalu bagi peringatan..selalu bertanya..selalu alert...tak dengar juga.Akhirnya...sesat...silap jalan..
kena warning..last last..penat...bila penat..tahu tahu je lah..Badan berumur kena jaga..kekadang kadang urat straight pun jadi tegang juga..bila straight dan tegang..hmmm...sakit jadinya.

Monday, September 19, 2011

hari hari selebihnya...

Memang cantik Prague,kami bermalam 2 malam..itu pun ada beberapa tempat yang belum di kunjungi...so lain kali kena bermalam 3 malam, baru bolih cover semua.untuk makluman,kalau bolih menginap  di Praha 4,5,6 lebih selesa especially harga barang2 dan tempat parking kereta.Kami menginap di Praha 1,tapi car park di Praha 6..aduh kena naik trem untuk ke tempat parking.Kristal memang murah kalau ke tempat yang murah,ada kedai yg mahal dan murah...so pandai2lah demand..tapi jangan tertipu..pilih yang betul2..Bohemia is the best...
KeFrankfurt...PERINGATAN!!kalau ke Swiss dan Czech kena beli Road Tax..untuk mengelakkan kena saman..bukan mahal pun cuma 10 euro sahaja..bolih didapati di kedai2 minyak sepanjang lebuhraya when entering the border..had laju oo la la..best ..
di Frankfurt ada coursemate,tidur semalam..dan esoknya ke outlet Villeroy & Boch...fullamak..ada sale..so belilah sikit buat kenangan..
Ke Brussel..oldtown..tidur semalaman saja so tak sempat nak ronda2,menginap downtown, bab makan no problem sebab ramai Turkish dan arab2 lain....next time kena tidur 2 malam..huhuhu..Belgium Carpet.....missss..
Bertolak ke Calais untuk menaikki ferry ke Dover(U.K)..atas ferry ada fish n chips ...puas makan..dan ke free duty shop..parfum bolih tahan harganya.murah...tak beli pun ..dok berangan nak ke Primark kat Oxford Street..hehheee..
Sampai je kat London,sempatlah ke Primark,Selfridges ,ke restaurant Bonda di Paddington dan ke Whitley(Mark n Spencer) di Basewater.Bermalam di Hendon..ramai jugak kawan2 kt situ.di Manchester tidur semalaman,ke Stadium MU(layan my son),on the way balik ke London..sempat ke Stoke on Trent dan Bicester..beli utk kenangan tu tetap ada ....hehehee...biasalah perempuan katakan....on 18sep hantar my son kt Oly Paris,dan bertolak balik ke Marseille..letih memang letih...tapi pengalaman...susah nak cari..

Monday, September 5, 2011

menjelajah europe....

Setelah majlis 'merdekaraya'selesai,saya,hubby dan anak bongsu saya mulai journey on 2 sept..dari Bouc Bel Air ke Nice ambil masa selama 2 jam.Cantik,tersohor dengan kedatangan celebrities all over the world.Kami tidur semalaman untuk night view..bolih lah..
Dari Nice  kami ke Serravalle outlet(Italy),just drop by beli kasut untuk sibongsu..brunomagli(size 11)..huh kaki apalah..mula2 tu saya pun
mencari2 kasut untuk saya..tapi terfikir pulak..banyak tempat lagi nak round...emmm..terlepas..
Dari Serravalle kami terus ke Milan,bermalam di Milan...di Milan terpaksa dinner dengan kebab sebab bekalan yang dah masak sudah habis semasa di Nice lagi.Esok harinya kami ke Lake Como,my second time ke sini..tapi for my bongsu fisrt time for him..selalunya ada brocante di pekan tu..tapi tak nampak pun..huh..rindu brocante..
Kami bertolak ke Switzerland tengahari tu jugak dan terus ke Strasbourg.Pengalaman saya..sepanjang perjalanan ke Strasbourg hujan tak berhenti2..kami yang berhenti-henti..penat dan tukar pemandu..take turn..sampai saja di appartment..terus saya memasak...dah satu hari lebih tak makan nasi...melayu katakan..menu:  ikan kering,sambal tumis ikan bilis,salad...lega.....
Esok hari..nasi goreng..bekalan ke Nernberg,German,kami lunch dalam kereta..pun hujan sepanjang jalan.Kami sampai di Prague pada pukul 4 lebih petang..Yes...sungguh cantik tempatnya..dengan bangunan yang beratus tahun umurnya..ada kawan pesan ..belilah 'garnet'...belilah kristal..emm..tengoklah dulu...kat sini dululah..nak melilau lilau kat Prague dulu..

Friday, September 2, 2011

sebelum dan selepas..30 aug 2011..

Fuhh..nak berfb pun x dan..kalau buka fb bolihlah rehat sikit badan dan minda..     Peak hour...seminggu sebelum tu..sibuk dengan majlis tadarus..buat bunga telur sikit..yang bestnya ..majlis tadarus olih 4 keluarga yang join bertadarus  sebagai aktiviti utk bulan Ramadhan . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..27 aug tu..turn majlis berbuka puasa di mansion ..Chemin Du Collect Blanc pula..(rumah saya)..bersilat pulut saya kat dapur..utk 50 pack.Berterawih bersama2 team projek dan keluarga serta students malaysia yang study di Aix En Provence..sungguh terharu dengan kehadiran mereka.Berkebetulan anak saya yang bongsu baru sampai dari Kuala Lumpur..rasa terubat dengan kehadirannya utk beraya dengan saya..Esoknya ..ketibaan tetamu dari Paris ,satu keluarga..(6 orang),menginap dirumah untuk join menyambut Idilfitr.Wah..rasa meriah..penat tapi ceria..28 aug..majlis berbuka puasa diadakan di rumah saya juga..(Duta Malaysia di Paris serta keluarga)datang ke Marseille untuk berhariraya bersama kami dan students..apalagi ...yang saya reti masak..gulai darat(gulai kawah),sambal tumis..hehehe..yang lain2 tu hubby yang masak..saya rasa hari tu saya hanya mandi sekali saja..lupa mandi....'letih giler'..          
29 aug...hari yang paling tough..bukan apa..bawa madame pergi ke perkampungan antik.L'Isle Sur Sorgue...ingatkan tak berminat..tapi oo la la..lamanyer..    
dalam kepala dok fikir ...sup tulang untuk berbuka puasa dan untuk rewang malam ni..mak ooii..lagi 1 jam setengah baru sampai rumah..kali ini saya bersilat gayung...saya berikan nama sup ..sup cowboy...sap sap sap..semua tarok..renehkan..voila..jadi juga..Alhamdulillah..Malam nya..kononya nak tunggu lah para tetamu balik tapi pukul 1.30 malam baru balik kepenginapan..adoi..saya,hubby dan kawan saya serta suaminya menyertai saya bersilat gayung kat dapur..maunya tak...esok raya..ayam 10 ekor belum di potong2 kecik,kacang belum diblend(kuah kacang),beleda(agar2),rendang daging...pukul 3 pagi my hubby dan suami kawan dah mengalah,tinggal saya dengan kawan..pukul 4 pagi kawan saya pula..pukul 5 pagi baru siap...tup tap tup tap ..pukul 6 pagi baru tidur.Pukul 7.15 bangun terus pack..tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..menu tetap siap..          
Dihariraya sungguh meriah dengan kehadiran students dari Toulon,Aix En Provence dan Nice serta jiran2(local people),tetamu2 dari Eurocopter dan lain2...Bila dah petang kami termasuk lah keluarga2 disini berkemas2..masing2 memain peranan..apalagi..sampai je kat rumah..terus naik kebilik..landing time..esok pagi baru bangun..KELETIHAN TAK TERASA BILA ADANYA KEBAHAGIAAN..sungguh sungguh mengharukan...pertamakali students (di Provence)beraya bersama ambassador dan pertama kali ambassador 'turun padang' ..kata ambassador:really touching:...





Tuesday, August 23, 2011

Mooo... and.. Mmbek...

Semasa duduk di beranda rumah,terbayang lagi masa mula2 sampai kat France ni.pergi ke kedai handbags di Aix-En Provence,dalam 20 minit dari rumah.sambil memerhatikan beg2 yang di atur rapi,sambil membelek2 beg,hati rasa was was dan ingin bertanya pada tuan punya kedai..".madame,cuir?"..jawabnya.."oui oui madame,"...saya diam,sambil dok fikir...tak puas hati...keinginan nak tahu membuak2 dalam hati. "madame..."sambil memandang pada mukanya."oui madame"jawapnya,dengan sabar menunggu soalan dari saya...saya dah tak tahu nak kata apa rasa blurr..tiba2..."moooooooooo cuir?"sambil ketawa dia mengiyakan dan saya pun turut ketawa.aah..baru puas hati..biarpun dengan body language..hentam je lah, janji dapat berkomunikasi ..hehheee.
Teringat juga pada kawan saya ..terpaksa mengembek.. untuk membeli daging kambing.tapi yang kelakarnya...di kedai boucherie tu ramai clients so..mahu tak mahu terpaksa .."mmm..bek..."gegak gempita dalam kedai tu  dengan hilai ketawa..tapi mereka memberi tepukan pada kawan saya tadi..aduh..semangat nak belajar bahasa lagi bertambah2!Insyaallah.

Friday, August 19, 2011

berita gembira setelah 4 tahun menunggu...

ALHAMDULILLAH,ALHAMDULILLAH,ALHAMDULILLAH,sambil menitis air mata saya bersyukur pada mu Allah..kegembiraan ku yang teramat sangat,apalagi perasaan tuan punya badan...
untuk anak ku ,  kesabaran mu,perubahan perilaku mu dan keikhlasan mu membuahkan hasil.Allah makbulkan doa kita...ALHAMDULILLAH...
bagi seorang perempuan bila sudah sampai waktu yang memerlukan dalam hidupnya..pertama......bila sudah dewasa,perlukan seorang suami yang memenuhi citarasanya...kasih sayang yang cukup,tidak curang,dan sentiasa dalam berkasih sayang seperti diawal percintaan.
kedua.....rumahtangga tidak berseri tanpa cahaya mata,hasil kongsi hidup bersama suami tercinta...pengalaman saya semasa mendapat tahu saya hamil...sungguh sungguh gembira,bangga bahawa diri saya tidak berkurangan.....apabila melahirkan anak yang sulung...perasaan saya masa tu...ingin mewawarkan pada dunia ini bahawa 'aku sudah menjadi IBU..'cuba bayangkan betapa happynya saya semasa itu.
ketiga.....bila sudah menjadi ibu...harapan menggunung ialah kesejahteraan anak anak...dari kecil sampai ke dewasa..anak anak selalu dipantau olih ibu..pengalaman saya pula di peringkat ini...selalunya dari segi kewanganlah yang paling banyak saya agihkan untuk anak anak tersayang. kasih sayang memanglah tak berbelah bagi...setakat ini ALHAMDULILLAH..dan akan berterusan...
keempat....ini rasanya stage terakhir sebelum kembali kepadaNya....bila anak anak sudah selesa dengan kehidupan masing masing..yang paling   diimpikan olih saya lah sebagai seorang isteri yang sudah berumur...semuga kasih sayang suami saya tetap berkekalan...membelai saya seperti dulu dulu..maklumlah bila usia dah jauh..perasaan keanak anakan akan kembali...nak bermanja...Apapun Tahniah Anakku....

Sunday, August 14, 2011

brocante di Provence..Cotignac,Ponteves..

Hari ni ,walaupun berpuasa,saya dan hubby still nak explore daerah2 Provence ni so kami pergi lah ke Cotignac dan Ponteves.Dalam 1 jam kami berkereta..biasalah setiap tempat yang kami kunjungi area provence mesti ada fontaine...memang trademark di sini..Berkebetulan kami ni brocante follower..hehee...di Cotignac kami tak beli apa-apa pun sebab mahal..ramai tourist kat sini..so kami heading ke Ponteves..disini kami dapat beli lampu gantung..memang cantik dan antik ,sale direct from the owner memang murah...sebelum tu kami sempat singgah di Barjols berkebetulan juga dipekan tu ada festival kulit...memang murah...apalagi makcik ni pun grab lah 3 beg...voila!Hai ..nampakny my hubby dah kepenatan..so kami pun balik' avoid toll' sebab dekat toll tadi memang heavy traffic..

Sunday, August 7, 2011

berbuka puasa ...

dah 7 hari dah berpuasa tanpa anak2..rasa buntu fikiran saya.bila siapkan meja..hanya 2 pinggan makan di sediakan..selalunya banyak pinggan makan di susun ..tapi tak apalah demi suami ,saya gagahi jua ...harap2 semangat saya ni kuat.minta2 suami saya ni beri support kat saya ni...

Tuesday, August 2, 2011

semasa Algeria..


tak sangka ...dalam fikrian saya terbayang yang Algeria ni penuh nga gurun2..tapi tak...di perkampungan Labaa..tanah nya subur sama dengan southern france,penuh nga ladang buah2an..peach,abricot,apricot,buah tin..saya hampir 52 tahun baru pertama kali dalam hidup dapat merasa buah tin yang fresh from the tree..Alhamdulillah...( Kawasan Mediterranean Sea)..banyak perkara2 yang baru untuk saya...contohnya: on the way ke tepi pantai..saya singgah di tepi jalan utk lunch..disudut warong ada reban2 ayam,itik,burung,kambing dan arnab..saya dan my hubby serta 2 rakan duduk di meja..saya kata nak makan ayam bakar..pelayan tu terus menyuruh saya bangun memilih mana2 ayam yg didalam reban..saya pun terkejut tapi control..maka fahamlah disitu rupanya bukan saja buah2an yang bolih makan fresh..binatang pun bolih, pilih, di sembelih di situ juga(ditempat khas),dan dibakar di situ juga.terfikir juga kesian ayam yang saya pilih tadi..tapi fikir pulak pahala baginya...                                             saya menginap di pekan Labaa,so biasalah nak explore pekan tu..breakfast time....saya dan hubby pergilah ke kedai makan..murah..baru rm 5 untuk 2 cawan kopi,2 crossante dan 1 kek cokelat..mata saya melilau dalam kedai tu..pelik....tapi diam je...lepas tu kami jalan2,melilau mata saya kat kedai2 makan..rasa pelik lagi bertambah..rasa ingin tahu dah sangat2..tanya pada kawan saya,kenapa tak ada wanita pun dikedai makan. kawan tu bagitahu yang perempuan2 kat situ memang tak masuk kedai makan  atau melepak di tepi jalan...oooo..alkisahnya..patutlah pergi pasar pun ..lelaki semuanya...bila check balik foto2 yang diambil haah.. saya seorang yg perempuan..keliling kelalang orang lelaki..patutlah kedai2 baju banyak yang lelaki..fuhh..lelaki seronok lah kat pekan ni..'.pekan lelaki'.. Untuk memuaskan hati saya ,kawan saya membawa saya ke shopping zone untuk wanita...jauh sikit dari pekan Labaa.Sempatlah makan kus kus..beli tajine set..

Saturday, July 30, 2011

....2011..kongsi pengalaman

Perasaan nak menulis ni dah lama terbuku di hati,now baru lah dapat luangkan sedikit masa utknya..nak susun kata memang tak pandai tapi tak apalah buat cara sendiri..free n easy..                                                                                                                                                                   Tinggal di negara asing ni,memang rasa asing,tapi cukup mencabar terutamanya bahasa..bayangkn nenek yang berumur 52 tahun ke IBS belajar French...oo la  la..tapi Alhamdulillah..bolih ...  dapat lah ayat2 basic...pada kelas yang kedua...saya kelam kabut sikit..terbawa talipon rumah ke kelas...kecoh satu kelas..bukan ramai pun 6 orang je student..tapi riuh..apalah nenek ni..Ooo ya lupa nak tulis..belajar di IBS Luynes.                                                                                                                                                                                                                                                       Ingat lagi pergi 'pasar tani' di Arles,last march ..confident sangat kut..saya dan tiga orang kawan di kedai baju ..ketiga2 kawan saya semuanya beli baju cuma saya seorang saja yang tidak...so..datanglah pekedai ni ..say something"pour vous?",saya pun cepat2 jawap"malaisie,malaisie" pekedai tu kebingungan tapi still tersenyum..yang anak saya ni pun.."u know malaysia ? near the singapore,near the Indonesia...blah..blah..blah..",lagi pening si pekedai ni..dia senyum je..kami pun senyum juga,sebab masing2 dah faham yang masing2 tak faham..balik rumah,check kat kamus;pour vous ertinya' untuk awak?'...huh..lain kali tengok buku dulu..