Semasa duduk di beranda rumah,terbayang lagi masa mula2 sampai kat France ni.pergi ke kedai handbags di Aix-En Provence,dalam 20 minit dari rumah.sambil memerhatikan beg2 yang di atur rapi,sambil membelek2 beg,hati rasa was was dan ingin bertanya pada tuan punya kedai..".madame,cuir?"..jawabnya.."oui oui madame,"...saya diam,sambil dok fikir...tak puas hati...keinginan nak tahu membuak2 dalam hati. "madame..."sambil memandang pada mukanya."oui madame"jawapnya,dengan sabar menunggu soalan dari saya...saya dah tak tahu nak kata apa rasa blurr..tiba2..."moooooooooo cuir?"sambil ketawa dia mengiyakan dan saya pun turut ketawa.aah..baru puas hati..biarpun dengan body language..hentam je lah, janji dapat berkomunikasi ..hehheee.
Teringat juga pada kawan saya ..terpaksa mengembek.. untuk membeli daging kambing.tapi yang kelakarnya...di kedai boucherie tu ramai clients so..mahu tak mahu terpaksa .."mmm..bek..."gegak gempita dalam kedai tu dengan hilai ketawa..tapi mereka memberi tepukan pada kawan saya tadi..aduh..semangat nak belajar bahasa lagi bertambah2!Insyaallah.
I like this. that is the way to survive. read my previous N3 about my language barrier when i visited Paris last year..funny but life is like that..
ReplyDelete