Emmm..tak ada apa yang highlight nak di ceritakan disini .cuma untuk latihan minda untuk memikir dan menulis.Dan sejenak fikiran melayang,review balik gelagat dua orang tetamu teristimewa saya dirumah ketika ini.Sepurnama berlalu,dengan suasana masih lagi ceria,gelak ketawa,gurau senda,usik mengusik antara keduanya.Tanpa sedari air mata penuh bergenang,cuba menahan tapi ia tetap mengalir...terasa kepuasan dihati saya melihat semua itu.Sudah lama adegan-adegan seperti itu ditinggalkan olih mereka..mungkin selama ini tidak berpeluang....Kadang-kadang saya sengaja menjauhkan diri,menyibukkan diri saya dengan alasan 'have work to do',membiar mereka berduaan.Walau usia nun..jauh..kalau hati masih sayang seperti mula2 bercinta...Saya pula,suka 'nasi tambah gulai...'
berceritakan pada mereka bahawa couple or husband and wife yang berumur di France ni kalau berjalan2 atau ke kedai kopi mereka berpimpin tangan. Hehehe..tersipu2 kedua mertua saya ni..
Melayan mereka memang senang,makan minum...hati biar ikhlas,bila nak berterus terang biar dalam lembut dan jelas
Bila bawa berjalan,perlu faham sifat seorang tua terutama fizikalnya.Sentiasa 'alert',maklumlah 'everything go slow'. Orang yang paling happy ialah my hubby..kerana berpuashati kedua ibu dan ayah dapat melihat 'negeri orang putih.
No comments:
Post a Comment