Wednesday, May 16, 2012
Desole..ne peux pas manger..
Semalam,saya menyertai rombongan ke Chateau La Coste dikawasan ladang anggur dan olives.Saya dan kawan saya (Malaysian)menumpang kereta 'cikgu'kami,bertolak dari pukul 12 tengahari.Saya nak cerita serba sedikit tentang 'cikgu'kami ini.Memang seorang yang penyabar,kenapa saya berfikiran begitu ya...
Setelah setahun lebih bersama kami,harungi berbagai telatah kami,amati sedikit sebanyak tatacara hidup kami pun begitu masih setia untuk berkawan dengan kami.Berfrancais dengannya..walaupun kami tergagap2 untuk berkata2 dalan bahasa Perancis tapi 'cikgu'tetap sabar untuk mendengar.
Keikhlasannya menyerlah..walaupun 'cikgu'beragama katholik dan berbangsa Perancis...Ceritanya macam ni..Kami sampai di Chateau La Coste dan terus ke cafeteria untuk lunch..semasa memilih2 menu yang sesuai untuk kami berdua dan pilihan kami ialah'tortillas avec les ouefs et potates',lebih kurang macam tu lah ..Dan seperti biasa,"menunggu.. dan menunggu..kabar dari muu...."hehehe..nyanyian lagu..Dah hampir sejam baru lah siap..
Tiba2.."oo non...desole..ne peux pas manger.."Kami berdua terkejut,'cikgu'kami ini dengan wajah yang rasa bersalah..menerangkan kepada kami, menu yang kami order tu mengandungi taburan halus daging babi. Dalam hati saya..'Alhamdulillah'kerana Allah menjaga kami.Jadi,kami order menu lain,tapi hati dan selera saya dah tawar untuk menikmati hidangan seterusnya..Dan saya ,dengan perut 'berkeroncong' meneruskan perjalanan dan pendakian selama 2 jam..
Saya review balik pengalaman semalam,terfikir..kalau kita ikhlas dengan seseorang maka orang itu akan terbuka hatinya untuk ikhlas dengan kita.
Ya Allah,terangkanlah hati cikgu saya ni ke destinasi seterusnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment