Tiba tiba terharu seketika ....
Saya cuba memahami perasaannya,ceritanya begini...sambil menunggu isterinya di labour room,Halim sempat menalifon ayahnya memberitahu yang isterinya dah nak bersalin.Halim pesan pada ayahnya,kalau bolih nak bercakap dengan ibunya..tapi buat masa itu ibunya tidak ada disisi ayahnya.
Halim menalifon kali kedua,dan dapatlah Halim berbicara dengan ibunya..dan sekejap sahaja kerana isterinya dah hampir nak bersalin.
Dalam beberapa jam kemudian,ibunya menalifon Halim tapi tak ada jawapan..dah banyak kali ibunya mencuba..namun tidak ada jawapan.Ibu mengambil keputusan untuk menalifon kakak Halim yang berada di Kedah..kata kakaknya..Halim call dia tadi dan Halim menangis dan terputus call..tapi kakak Halim contact Halim balik dan bertanyakan kabar semuanya..katanya semua selamat.
Tapi hati ibu mana nak senang dan tenang bila mendapat tahu anak lelakinya menangis..terus ibunya call Halim sekali lagi..kali ini ada respon dari Halim.
Ibunya bertanyakan pada Halim keadaan isteri dan anaknya.Katanya semuanya selamat dan sihat tapi..sambil suara menahan sebak Halim meluahkan perasaannya pada ibunya..
Selepas isterinya selamat melahirkan anaknya ditemani olih Halim sendiri dan menyaksikan saat saat akhir isterinya melahirkan anaknya,...Halim terus keluar dari labour room,tersandar di dinding dan menangis..'Ibu...' kata Halim,..'Halim rasa terharu dan bermacam2 rasa pada masa tu..Halim rindukan ibu...'
Mungkin Halim sedar bahawa, bagaimana saat2 ibunya melahirkannya...dan sedar bahawa yang bergelar isteri itu sanggup berkorban demi melahirkan zuriatnya.Alangkah tenangnya hati seorang ibu mempunyai anak seperti Halim ini...Dan,alangkah tenangnya hati seorang isteri mempunyai suami seperti Halim.
No comments:
Post a Comment