Wednesday, July 6, 2016

Sepanjang Ramadhan

Tak terasa Ramadhan berlalu begitu cepat..mungkin saya sibuk melayan cucu Dan bertadarus ..berterawih.. Sekali sekala keluar berbuka puasa atas jemputan kawan kawan..Terusik hati ..terasa pilu syahdu bila saya terserempak dengan few group anak anak yatim di ruang legar mall atau pusat beli belah yang dibiayai olih badan badan berkanun..individu..dan syarikat syarikat swasta.. Setiap kali saya ke pusat beli belah maka setiap kali saya terserempak dengan anak anak yatim..get ready untuk shopping baju raya..senyum simpul..terjelas diwajah mereka.. Kepuasan dapat dirasa..kerana dapat memilih sendiri baju raya.. Pun begitu juga ..dimedia media..banyak mempamerkan sedekah Dan derma dari pihak pihak tertentu.. Alor....berbeza dengan sebelum ini..para dermawan pergi kepejabat menghulur derma atau menjamu makan dirumah anak yatim..tapi sekarang mereka mengajak anak anak yatim keluar dari penginapan mereka ..menjamu selera yang diraikan di hotel hotel terkemuka..oolala. Hebat sungguh golongan dermawan ini. Semuga barakah tidak henti henti untuk mereka..

No comments:

Post a Comment