Dah hampir setahun lebih tinggal di Provence ni..menikmati keindahan semula jadi.Gunung ganang,bukit bukau, laut dan pantai apatah lagi dapat merasa buah buahan dan sayuran yang segar.Dengan jiran jiran yang masing masing hal sendiri tapi bila terserempak 'bonjour' dan 'bonsoir' memang lumrah dari mereka.
Tapi,dah tersurat dan tersirat..pagi tadi saya menghantar anak saya untuk french class..hari ini hari pertamanya.Dan pagi tadi juga my hubby out station.Setelah menghantar anak saya , terus balik kerumah dan seperti biasa mengemas rumah .Dalam pukul sepuluh lebih sikit saya keluar mengambil sibongsu,selepas itu kami ke Plan de Campaign ke 'car wash'.Pukul 12 tengahari, kami sampai dirumah,park kereta dan saya kepintu utama ,tergamam seketika melihat pintu rumah terkopek dan terbuka.Terus saya dan anak saya keluar ke gate..dan menalifon staff suami saya dan tuan rumah..Dan kami buat lapuran dibalai polis Bouc Bel Air...rumah kami dimasuki pencuri.
Saya dimaklumkan olih beberapa local people di sini..bila dah masuk spring dan summer,ramai yang pergi bercuti dan tinggal rumah kosong..jadi masa ini lah rumah rumah yang kosong di masuki pencuri.
Itulah ujian Allah kepada kami.
No comments:
Post a Comment