Dua bulan tak update blog demi meraikan saudara mara ,rakan taulan yang datang dari Malaysia,yang dari England,Dublin dan ada yang memang tinggal di France ini datang berkunjung. Now..dengan kehadiran anak sulung saya bersama anaknya(cucu saya)..sedikit sebanyak dapat menolong kepenatan saya.
Ramadhan kali ini disambut seperti dua tahun yang lepas..bertadarus antara keluarga dan setiap hari minggu take turn berbuka puasa dirumah masing masing dihadhiri students dari Aix en Provence dan Nice..bertarawih beramai ramai. Memandangkan masa musim summer ini waktu siangnya panjang..hampir 17 jam kami berpuasa so selesai solat tarawih lebih kurang pukul 12 to 12.30 malam..itu pun kami cuma bersolat 8 rakaat sahaja.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...
Walaupun keadaan relax dan tak rushing tapi mengemas kini rumah tetap dijalankan..(kalau di Malaysia bolih panggil helper)
Apa apa pun life must goes on..c'est la vie
No comments:
Post a Comment