Sunday, July 21, 2013
WSO ec725 2011/3
Seperti biasa ..masa berlalu terlalu pantas,kami sebagai isteri selain seminggu sekali ke kelas 'francais',dan satu hari beriadah bersama suami dan anak anak masing on week days on week ends pun bersama sama kepasar atau pun ke supermarket pada hari sabtu.Di France ni,on weekend (sunday) semua pasaraya ditutup.Antara pasaraya yang terkenal disini ialah Carefour,Geant Casino,Intermarche,Lidl,Hyper U dan Paris Store(vietnamese).
First year berpuasa di France,masa summer so masa berpuasa pun lama lah juga..terasa kerinduan pada 'pasar ramadhan'.berbagai juadah bolih didapati pun begitu juga lauk pauknya.Tapi semangat kami semua tetap kuat dan tak mengalah..apalagi 'google..'apa menu yang nak buat semua nya ada..bagus betul depa ni..macam macam ada..bukannya apa,saya pun dapat merasa kuih muih yang wives ni buat..
Bila school holiday, so kelas kami pun holiday juga..kalau di Malaysia tu..bila cuti sekulah lagi banyak aktiviti untuk cikgu cikgu dan anak murid pun tak ketinggalan.Tapi di sini,memang bercuti terus sampai berbulan lamanya.Sampai saya rasa gian nak berfrancais hehe..Tip.. yang kami buat untuk improve our francais ialah pada setiap hari 'rabu'adalah 'jour de francais' ialah..hari berfrancais.
Eventhough by telephone still on francais..so pada mula nya tu bila hari rabu masing masing diam je..tak bertalipun langsung.Tapi sekarang, walaupun malu malu kucing,dah bolih berfrancais ala ala orang Siam cakap Kelantan..whatever..
Memandangkan komuniti kami ni kecil sahaja dan senanglah kami berinteraksi..dan agihkan peranan masing masing bila menyambut eid mubarak(Idilfitri).Yang paling seronok nya buat kami ialah dengan kehadhiran our ambassador dari Paris dengan keluarga serta staff dan keluarga.Asam garam,pahit manis dalam menjayakan sesuatu majlis memang sedikit sebanyak memang ada,tapi kami tolak ketepi.Yang penting tetamu diraikan..c'est tout.
Dan pengalaman membuat kami matang..next occasions kami tangani dengan tangan terbuka dan berlapang dada.First family trip ke Barca...masing masing dengan Espace,convoy..tapi biasalah kalau masa kedestinasi 5 jam akan jadi 6 ke 7 jam ..hehehe..dengan anak anak dari yang termuda 6 bulan,2 tahun,4,8 tahun pun ada so 'aire de Lancon',aire de bellesoleil and aire.. and aire..kami stop.
Best jugak stop and stop saya berpeluang bershopping souvenirs..paling best menikmati 'cafe vanille'dari cafe machine yang banyak disediakan di setiap R&R.Sampai kedestinasi kami menginap di Holidays Inn Express,memang jimat dan praktikal..bersih...
Ah hah..ole ole untuk kenangan yang wives dapat dari suami masing masing semasa di Barca ialah 'leather jacket'..oo la la..
Autumn dan winter ditahun pertama ,masa malam yang lama dan masa siang yang singkat,kami ambil peluang berpuasa sunat..Pengalaman untuk anak anak dari sekulah balik kerumah dah malam..5.30pm keluar sekulah sudah gelap..Tapi tak apa ..sampai saja dirumah hidangan sudah tersedia..
Kedua musim itu membuat kami dirumah asyik lapar,et mange et mange..makan dan makan...Badan pun ehemm...comel comel je ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment