Idah..kali terakhir saya bergaul dan bermain semasa kami dialam kanak-kanak dan si Idah ni lebih muda dari saya.Terkenal dengan kenakalannya..Tapi setelah Idah berumahtangga dan beranak pinak,kabar berita pun saya tak dengar.
Tapi,bila saya balik ke Malaysia baru2 ini..tiba2 kami bersilaturrahim kembali dalam suasananya yang berbeza.. Bila kami bersalam dan peluk cium disusuli tangisan darinya..terus dia meluah perasaan..seperti biasa soal 'suami berkawin lain'. Dan suami Idah ni berkawin buat yang ketiga..Dan Idah tak dapat menerima hakikat ini..dia melarikan diri buat sementara waktu.untuk.menenangkan perasaan..Jenuh saya memujuknya supaya pulang kepangkuan suami supaya balik berbincang dan selesaikan dengan cara yang terbaik.Tidak akan berkesudahan kalau asyik melarikan diri..
Dari berita2 yang saya dapat..Idah ini adalah isteri kedua suaminya..dalam hati saya"Allah mahu kau rasa,bagaimana hati dan perasaan seorang isteri yang setia,yang tanpa ada silap dan salah disakiti hati sebegini rupa.."Dan berita2 yang saya tahu..rumah si Idah ni lebih besar dari rumah madu pertamanya..malahan suaminya banyak lebihkan apa2 pada Idah..memang di manjakan..Idah berkahwin dalam usia belasan tahun..terlalu muda..Masa banyak di lebihkan bersama2 dengan Idah..melancung kesana kemari pun dengan Idah.Isteri pertama suaminya hanya tahu menguruskan anak2nya..sabar terima dugaan semuanya ini.'Payung emas'bagai melambai2 untuk nya..
Bagi Idah..dia sedar dan akur dengan apa yang dia telah lakukan pada isteri pertama suaminya..tapi tetap tak bolih terima yang suaminya berkawin yang ketiga..hatinya memberontak..dan pernah dia pergi 'menyerang'isteri ketiga suaminya..dia sendiri yang bercerita kepada saya.Tapi..saya tetap memujuknya supaya balik ke kampung dan mengajak suaminya berbincang..Sumber2 yang saya tahu darinya..suami si Idah sudah berumur..tahun depan dah nak pencen..isteri ketiga suaminya ni pun seorang janda yang dah banyak kali kawin..umurnya jauh lebih tua dari Idah..Kata Idah,"perempuan ni nak kawin dengan suaminya disebabkan nak duit gratuity suaminya yang next year pencenlah..". Lagipun suaminya ni tak sihat sangat..katanya lagi.Tapi disebabkan gah dan 'dialak-alakan' olih kawan2..itulah jadinya..Tapi Idah akan balik pada pertengahan bulan Ogos ini..Entah lah...manusia sekarang ni..bagi saya..kalau nak kawin lebih pada satu tu ..biarlah sempurna yang satu..Semuga Allah menjauhi semua itu di dalam keharmunian keluarga saya ketika ini..
No comments:
Post a Comment