Thursday, July 26, 2012

Ramadhan yang dirindui...

20 Julai 2012...kali kedua saya menyambut Ramadhan di France..tapi kali ini meriah sikit dari tahun lepas... kerana kehadiran anak bongsu saya.(saya menulis ni sambil memerhatikannya yang membuat kebab sebagai menu hari ini).
Kerinduan untuk bertadarus bersama2 atau beramai2..bukannya apa..silaturrahim paling dititik beratkan. Anak-anak serta suami pun ikut bersama bertadarus..kalau tak baca banyak pun..sekurang kurangnya bertadarus jugalah..harapan semuga menjadi amalan keluarga di setiap kali Ramadhan menjelma..Kalau dok fikir fikir..nak khatam Qur'an dalam satu bulan bukannya senang terutama bagi sayalah..terfikir pulak anak2 saya,dan sesiapa yang busy memanjang..kalau tak bertadarus dibulan Ramadhan..tak tahu lah berapa lama Qur'an dapat dikhatamkan untuk ke beberapa kali..
Bila Ramadhan je..mulalah rindu nak makan itu dan ini..tapi yang bestnya..bila je teringin nak makan sesuatu menu tu..bukannya pergi kepasar Ramadhan(macam di Malaysia) tapi bikin atau buat sendiri..oo la la.. sedap atau tidak..belakang kira juga..hehehe...
Alahai...kerinduan yang tidak terhingga untuk berterawih beramai-ramai macam di masjid TUDM Subang..  rindukan 'sahutan' jemaah yang bergema bila imam selesai membaca Fatehah..
Disini..saya ke pasar Arab di Marseille,saja meninjau-ninjau untuk melihat suasana Ramadhan..terdapat gerai gerai 'Pak2 Arab' yang menjual juadah2 yang manis manis seperti halwa..entah apa nama2nya..memang terlalu manis.
Walaupun masa berpuasa yang panjang dan dalam cuaca yang panas(summer)..Allah memudahkan segala nya sekiranya kita ikhlas..
Saya banyak menghabiskan masa duduk dirumah..terfikir didalam hati..'macam pakai jilbab juga aku ni kalau dok dalam rumah tak berjumpa pun dengan orang luar..'hehehe...puji diri sendiri..
Apa apa pun..semuga saya dapat menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan ini dengan harapan di berkati olih Nya.

No comments:

Post a Comment