Monday, January 13, 2014
Lesen Memandu Malaysia and Permis de Conduire Republique Francaise
Dah hampir 4 bulan saya memandu kereta kesana kemari dengan berlesenkan lesen memandu dari Peranchis..Disebabkan kesibukan berpindah randah sebanyak 2 kali dalam masa 4 bulan ini membuatkan saya terlupa untuk dapatkan lesen Malaysia semula.
Hari ini saya nekad untuk membuat lesen memandu Malaysia semula.6.45 am..Awal pagi lagi saya menumpang hubby ke pejabatnya dan saya
ke JPJ..(Jabatan Pengangkutan Jalan),isi borang dan ambil nombor..menunggu angka giliran dipanggil.Another 38 persons lagi baru sampai ke giliran saya.Dan dalam satu satu submit borang tu ambil masa juga.So saya just nak tanya staff di kaunter D
"Encik,saya nak tanya,saya baru balik dari Peranchis dan saya nak dapatkan lesen memandu Malaysia saya,macam mana ya?"tanya saya.
"Lesen Malaysia yang International mana?"kata staff tu..Saya tunjukkan International lesen yang dah tamat tempuh pada 2012.
So dia nak kan lesen original, saya terangkan padanya bila nak kan lesen memandu Peranchis, kena serahkan lesen memandu Malaysia pada pihak pengurusannya.
So,untuk pengesahan bagi staff ni..samaada lesen original saya dah tamat tempuh ke belum jadi saya bagi I.C number saya padanya dan
didapati masih datenya belum tamat lagi.
"memandangkan lesen original tak ada..kena declare hilanglah dan kena bayar 20 ringgit..tunggu sampai nombor giliran dipanggil "kata staff tadi.
Dah dekat sejam nombor saya di panggil ke kaunter H..
Di kaunter H ini terus saya sertakan borang yang siap di isi,salinan I.C, 1 keping gambar passport dan salinan surat pengesahan dari France Embassy,lesen memandu Peranchis besertakan International license tadi.Staff H terus ambil semua dokumen tadi dan dapatkan pengesahan dari pegawainya.
"Puan perlu perbaharui lesen saja..berapa tahun nak perbaharui ni puan?"katanya.
Saya terdiam seketika..tapi dalam hati "selamat duit ku rm 20"..Saya renew untuk 3 tahun..total cost rm 105.
Itu sahaja.
Tapi saya masih teringat percakapan saya dengan kaunter D tadi yang saya kena bayar rm 20 kerana kena declare lesen memandu hilang.
Terpandang slogan kata dari digital screen JPJ.. MESRA..CEKAP..TELUS..
Back to counter H....bila dah buat pembayaran.."ok..puan kena tunggu nama di panggil untuk mengambil lesen memandu puan di kaunter O di sebelah sana"
Saya termangu mangu jugak sebab resit bayaran tidak ada..tapi terfikir pulak..mungkin di kaunter O lah tu.
Saya pun tak berlengah lagi, terus mengambil tempat duduk dan menunggu nama saya di panggil..
Hampir setengah jam..'system down'dikaunter O..
Alamak..dah lah belum breakfast..dah dekat pukul 12 tengahari ni..So ramailah berkerumun di kaunter O..bertanya itu ini..
A young lady,beruniform dah lama menunggu terpaksa mengambil semula I.C nya dan terus keluar untuk ke pejabatnya.
Saya ke kaunter O ,bertanyakan staff disitu..agak agak bila systems bolih on balik..dia nasihatkan datang petang tapi tak menjaminkan. So dia kata,baik datang hari rabu maknanya lusa..the day after tomorrow sebab esuk cuti umum..Pulak...
Nasib baik saya ada Permis de Conduire of France yang sememangnya tak payah renew sebab sememangnya untuk sepanjang hayat dan bertaraf antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment