Wednesday, January 15, 2014

Mungkin Ada Hikmah Nya

Teringat peristiwa tadi...sebak hati saya melihat beg yang dibawanya ..orang yang disayang tak dapat pulang kerumah kerana masaalah pengurusan peribadi diluar negara.Hanya dapat mengirim beg pakaian peribadinya kepada isterinya melalui rakan serombongannya. Wajahnya yang pucat lesi namun begitu masih bolih tersenyum kepada rombongan suaminya tadi..Dan masih bolih menguruskan tiket tiket,bagagges rombongan itu kedestinasi seterusnya.. Tak apalah nak..mungkin ada hikmah disebaliknya... Kerana terlupa membawa susu anaknya,terpaksa diganti dengan fresh milk yang dalam kotak.. Sabar lah ya.. Ada lagi orang lebih sengsara hidupnya.. Teringat kawan saya yang anak perempuannya koma dari tahun lepas lagi hingga sekarang ini..tak tahu sejauh mana keperitan hidupnya. Simpati saya padanya.. Allah Maha Mengetahui apa yang manusia tidak tahu.. Wahai isteri..menangislah semau mu bila terasa tertekan Wahai isteri..mengadulah kepada Yang Esa Berzikir lah untuk ketenangan hati .Kehidupan ini perlu diteruskan.Imbauan masa lalu perlu dibuat panduan. Ingat wahai isteri...doa orang yang teraniaya Allah makbulkan.

No comments:

Post a Comment