Tuesday, January 31, 2012

Salji di Bouc Bel Air

'Jom,jom,jom..salji dah turun..'pagi2 lagi hubby umumkan pada kami.Apalagi kami bersiap2,pakai baju tebal2 dan keluar ke kawasan rumah dan menikmatan snow yang turun,snap gambar.Ibu mertua saya seronok mengumpul salji, buat bola besar..sambil tersenyum lebar..saya seronok dan terharu memerhatikan tiga beranak bermain salji.
Hampir 4 tahun salji tak turun di kawasan ini,last sekali tahun 2007.Rezeki kedua mertua saya..sebelum mereka berangkat ke tanah air.
Sambil kami bersarapan,saya perhatikan ayah dan ibu mertua saya seronok sangat berceritakan saat2 tadi.Tiba2... 'ayah dah 87 tahun dah'kata ayah..saya curi2 perhati diwajahnya..lelehan airnmatanya..sayu hati saya..tapi saya buat buat tak nampak.Saya bolih agak perasaannya..Dengan seusianya,seumur hidupnya baru kali ini menjejak kaki ke benua Eropah dan bermain salji..Apa yang dilihatnya di tv,media2 yang lain..adalah satu impian yang jadi kenyataan baginya.Alhamdulillah.Orangnya pendiam..dengan gerak geri,sedikit tutur kata nya saya tahu dia meluahkan perasaannya..Syukurlah..

Monday, January 30, 2012

Ooo macam ni Paris...

Ooo ni lah Paris..kata mertua saya.Terserlah rautan wajah kepuasan keduanya dengan deretan senyuman...ewah.. bersastera pula saya ni..whatever..Jauh juga dengan rumah ya..(maksud mereka,rumah yang saya menginap di France ni).Saya pun menerangkan pada mereka yang kami tinggal di Southern France..about 7 hours kami drive ke Paris.Seperti biasa saya siapkan barang2 dan bahan2 untuk memasak,lagipun kedua mertua saya sememangnya menu mereka adalah nasi.
Kami bawa mereka ronda ronda kota Paris..sampai di Eiffel Tower..cuma ambil gambar sahaja,memandangkan barisan manusia yang panjang untuk membeli tiket,lagipun kesihan pada kedua mertua ,mereka ni dalam cuaca yang sejuk dan berangin memang tak tahan ..tapi mereka berpuas hati .
Kata mereka,sekarang baru bolih bayangkan macammana Paris yang selalu di war warkan sesetengah orang dan yang selalu mereka lihat di tv.Saya dan hubby tersenyum..puas hati..Alhamdulillah..

Friday, January 20, 2012

selayang pandang,.seraut wajah..seikhlas budi..setulus hati..

Emmm..tak ada apa yang highlight nak di ceritakan disini .cuma untuk latihan minda untuk memikir dan menulis.Dan sejenak fikiran melayang,review balik gelagat dua orang tetamu teristimewa saya dirumah ketika ini.Sepurnama berlalu,dengan suasana masih lagi ceria,gelak ketawa,gurau senda,usik mengusik antara keduanya.Tanpa sedari air mata penuh bergenang,cuba menahan tapi ia tetap mengalir...terasa kepuasan dihati saya melihat semua itu.Sudah lama adegan-adegan seperti itu ditinggalkan olih mereka..mungkin selama ini tidak berpeluang....Kadang-kadang saya sengaja menjauhkan diri,menyibukkan diri saya dengan alasan 'have work to do',membiar mereka berduaan.Walau usia nun..jauh..kalau hati masih sayang seperti mula2 bercinta...Saya pula,suka 'nasi tambah gulai...'
berceritakan pada mereka bahawa couple or husband and wife yang berumur di France ni kalau berjalan2 atau ke kedai kopi mereka berpimpin tangan. Hehehe..tersipu2 kedua mertua saya ni..
Melayan mereka memang senang,makan minum...hati biar ikhlas,bila nak berterus terang biar dalam lembut dan jelas
Bila bawa berjalan,perlu faham sifat seorang tua terutama fizikalnya.Sentiasa 'alert',maklumlah 'everything go slow'. Orang yang paling happy ialah my hubby..kerana berpuashati kedua ibu dan ayah dapat melihat 'negeri orang putih.

Sunday, January 1, 2012

Alhambra..Cordoba..

25 Dec,pagi2 lagi saya,hubby,ibu dan bapa mertua saya bertolak ke Spain.Perjalan an kami mengambil masa +_ 5 jam
sampai di Valencia,bermalam semalaman,dan seperti biasa saya memasak..kali ini lebihkan bekalan makanan.The best beryani so far ..Shashi restaurant. Di Valencia tak sempat nak ronda2,esoknya terus bertolak ke Granada,ambil masa 8 jam..bergilir2 memandu dengan my hubby..letih wehh..sampai di Granada centro,terus ke appartment apalagi..masak..Esok pagi kami ke Alhambra.. memang cantik istananya,takes us back to the glorious period in the Kingdom of Granada.Seni yang unik'Nasrite'. Di setiap bilik ada satu potongan ayat yang bererti"Tidak ada yang menang kecuali Allah".Corak2 hiasan are floral "ataurique"or purely linear dan geometrical"lazo".Keluasan istana bak satu bukit..
Keesukan hari kami ke Cordoba,drive about 2 hrs.Kami ke "Mezquite de Cordoba",dulunya merupakan great mosque of Cordoba tapi sekarang dah dijadikan cathedral..tapi masih ditinggalkan sedikit 'ingatan'untuk kita.Saya terharu dan menitis airmata bila melihatnya.Rumusannya tempat ini dari:cathedral.to..mezquite(masjid).to..cathedral.Sempat menikmati hidangan couscous ..terdapat restaurant di luar cathedral dan juga souvenir shops .Kami balik ke appartement di centro Granada.Esuk kami bertolak balik ke Valencia,bermalam satu malam dan keesukannya terus balik rumah.Alhamdulillah.Kami memilih appartment sebagai penginapan kami kerana saya suka memasak.dan bahan bahan memasak kami bulih dapati dari kedai-kedai di situ juga.Harga makanan lebih murah berbanding di France.