Monday, January 27, 2014

Mungkin Ada Hikmah Nya

Dah dua puluh hari berlalu..masih belum dapat diselesaikan urusan suaminya diluar negara. Si isteri dengan wajah yang tenang tetapi dengan wajah yang menyimpan seribu tanda tanya apakah cerita sebenar si suaminya.. Si anak dah nampak tingkah laku kerinduannya kepada siayah..kerap menatap wajah siayah dan baring tidur ditempat ayahnya.. Dari sumber sumber yang saya dapat..si isteri menceritakan saat saat dia berskype dengan suaminya dan si suami ternampak wajah anaknya seketika..dan tiba tiba airmatanya mengalir menuruni pipi si suami meluahkan kerinduan pun begitu jua siisteri ..tanpa sedari menangis terisak-isak.. 'Sabarlah nak..'hanya itulah ungkapan yang di ucapkan olih sesiapa pun..walhal Allah sahaja yang tahu pada badan yang menanggung.

Wednesday, January 15, 2014

Mungkin Ada Hikmah Nya

Teringat peristiwa tadi...sebak hati saya melihat beg yang dibawanya ..orang yang disayang tak dapat pulang kerumah kerana masaalah pengurusan peribadi diluar negara.Hanya dapat mengirim beg pakaian peribadinya kepada isterinya melalui rakan serombongannya. Wajahnya yang pucat lesi namun begitu masih bolih tersenyum kepada rombongan suaminya tadi..Dan masih bolih menguruskan tiket tiket,bagagges rombongan itu kedestinasi seterusnya.. Tak apalah nak..mungkin ada hikmah disebaliknya... Kerana terlupa membawa susu anaknya,terpaksa diganti dengan fresh milk yang dalam kotak.. Sabar lah ya.. Ada lagi orang lebih sengsara hidupnya.. Teringat kawan saya yang anak perempuannya koma dari tahun lepas lagi hingga sekarang ini..tak tahu sejauh mana keperitan hidupnya. Simpati saya padanya.. Allah Maha Mengetahui apa yang manusia tidak tahu.. Wahai isteri..menangislah semau mu bila terasa tertekan Wahai isteri..mengadulah kepada Yang Esa Berzikir lah untuk ketenangan hati .Kehidupan ini perlu diteruskan.Imbauan masa lalu perlu dibuat panduan. Ingat wahai isteri...doa orang yang teraniaya Allah makbulkan.

Tuesday, January 14, 2014

Bouillabaisse de Sardines

Kalau ke Southern France ou Sud de France..and if you are in Marseille..tak sah kalau tak makan 'bouillabaisse'(disebut boyabase) Famous di sekitar Vieux Port of Marseille. Merupakan masakan ala sup ikan ..Saya ke expo en provence di Aix en Provence bersama few friends inclus my teacher..Nathalie.. Dan di expo ini sempat saya melihat demo membuat sup ikan ini..selalunya ikan bilis yang bersaiz besar or ikan sardines.

Monday, January 13, 2014

DROIT AU BUT

Untuk peminat peminat bola dah tentu familiar dengan 'droit au but'..iaitu slogan kata untuk team bolasepak Marseille,France. My hubby and I went to stade or stadium bola di Marseille tapi nasib kami kurang baik ..stadium under constructions and renovations. Namun kami sempat juga bergambar di luar pagar sahaja.Alang alang dah sampai ketempatnya..Dan saya bukan peminat tegar bolasepak jadi tak banyak cerita yang bolih saya paparkan disini..cuma gambar gambar yang diambil bolih menceritakan..hehehe..lost..j'ai perdu in " "...

SUMO

Sebelum apa apa kenangan terlupa dari ingatan.. Riding a horse en France..mon petit Sumo..

Lesen Memandu Malaysia and Permis de Conduire Republique Francaise

Dah hampir 4 bulan saya memandu kereta kesana kemari dengan berlesenkan lesen memandu dari Peranchis..Disebabkan kesibukan berpindah randah sebanyak 2 kali dalam masa 4 bulan ini membuatkan saya terlupa untuk dapatkan lesen Malaysia semula. Hari ini saya nekad untuk membuat lesen memandu Malaysia semula.6.45 am..Awal pagi lagi saya menumpang hubby ke pejabatnya dan saya ke JPJ..(Jabatan Pengangkutan Jalan),isi borang dan ambil nombor..menunggu angka giliran dipanggil.Another 38 persons lagi baru sampai ke giliran saya.Dan dalam satu satu submit borang tu ambil masa juga.So saya just nak tanya staff di kaunter D "Encik,saya nak tanya,saya baru balik dari Peranchis dan saya nak dapatkan lesen memandu Malaysia saya,macam mana ya?"tanya saya. "Lesen Malaysia yang International mana?"kata staff tu..Saya tunjukkan International lesen yang dah tamat tempuh pada 2012. So dia nak kan lesen original, saya terangkan padanya bila nak kan lesen memandu Peranchis, kena serahkan lesen memandu Malaysia pada pihak pengurusannya. So,untuk pengesahan bagi staff ni..samaada lesen original saya dah tamat tempuh ke belum jadi saya bagi I.C number saya padanya dan didapati masih datenya belum tamat lagi. "memandangkan lesen original tak ada..kena declare hilanglah dan kena bayar 20 ringgit..tunggu sampai nombor giliran dipanggil "kata staff tadi. Dah dekat sejam nombor saya di panggil ke kaunter H.. Di kaunter H ini terus saya sertakan borang yang siap di isi,salinan I.C, 1 keping gambar passport dan salinan surat pengesahan dari France Embassy,lesen memandu Peranchis besertakan International license tadi.Staff H terus ambil semua dokumen tadi dan dapatkan pengesahan dari pegawainya. "Puan perlu perbaharui lesen saja..berapa tahun nak perbaharui ni puan?"katanya. Saya terdiam seketika..tapi dalam hati "selamat duit ku rm 20"..Saya renew untuk 3 tahun..total cost rm 105. Itu sahaja. Tapi saya masih teringat percakapan saya dengan kaunter D tadi yang saya kena bayar rm 20 kerana kena declare lesen memandu hilang. Terpandang slogan kata dari digital screen JPJ.. MESRA..CEKAP..TELUS.. Back to counter H....bila dah buat pembayaran.."ok..puan kena tunggu nama di panggil untuk mengambil lesen memandu puan di kaunter O di sebelah sana" Saya termangu mangu jugak sebab resit bayaran tidak ada..tapi terfikir pulak..mungkin di kaunter O lah tu. Saya pun tak berlengah lagi, terus mengambil tempat duduk dan menunggu nama saya di panggil.. Hampir setengah jam..'system down'dikaunter O.. Alamak..dah lah belum breakfast..dah dekat pukul 12 tengahari ni..So ramailah berkerumun di kaunter O..bertanya itu ini.. A young lady,beruniform dah lama menunggu terpaksa mengambil semula I.C nya dan terus keluar untuk ke pejabatnya. Saya ke kaunter O ,bertanyakan staff disitu..agak agak bila systems bolih on balik..dia nasihatkan datang petang tapi tak menjaminkan. So dia kata,baik datang hari rabu maknanya lusa..the day after tomorrow sebab esuk cuti umum..Pulak... Nasib baik saya ada Permis de Conduire of France yang sememangnya tak payah renew sebab sememangnya untuk sepanjang hayat dan bertaraf antarabangsa.