Friday, March 25, 2016

Pencerahan demi Pencerahan

Dah kali ketiga saya ni ber AGM Bakat dan sebagai Pengerusi Bakat Pangkalan..dan juga sebagai orang yang dah berumur..lebih tua dari ahli ahli Bakat yg ada di Pangkalan..terasa terpanggil untuk memberi pencerahan tentang Bakat dengan ahli ahli serta dengan aktiviti aktivitinya. Dalam text yang tersedia ada ...dengan menokok tambah idea sendiri..sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada isteri isteri yang hadir dipagi Sabtu..Perancangan yang rapi sebelum AGM...memudahkan pengurusan..perjalanan mesyuarat dengan lancar.By 11.15am sudah tamat dimana mesyuarat bermula pada pukul 10 am.Antara pencerahan dan penjelasan yang saya ucapkan ialah..Kehadiran ahli untuk AGM hanya satu tahun sekali adalah tanggung jawap ahli untuk hadir..dari segi pemilihan AJK..meluluskam minit mesyuarat..sekurang kurangnya mengetahui aktiviti yang telah dan akan dijalankan.Pakaian uniform Bakat..saya jelaskan orang lain tak layak memakai Baju Bakat selain ahli Bakat itu sendiri..Berbanggalah menjadi seorang isteri tentera secara langsung anda adalah ahli Bakat.So..baju Bakat sebagai kenangan apabila suami sudah pencen.Bukan nya mahal pun harga sepasang..tak sampai rm 100 pun...pun masih ada yang belum ada uniform Bakat. Saya juga memberi penjelasan tentang aktiviti Bakat yang banyak memberi ilmu..terutama dari sudut masakan..kraftangan..apalagi pendidikan agama..Hendak seribu daya ..tak hendak seribu dalih..hmmmm...tepuk dada tanya selera..Pencerahan tentang Ladies Night..mengenai perbelanjaan...ada yang kata..pakai duit orang ramai...Saya jelaskan ..maaf ya puan puan..kami guna konsep " bayar sikit ..dapat lebih.." Iaitu setiap ahli yang join dikenakan sedikit bayaran dan di minta bawa setiap peserta "hadiah kasih sayang" untuk buat pertukaran hadiah.. Pencerahan tentang AJK AJK pulak..menegaskan setiap isteri ketua unit/cawang/skn adalah dilantik sebagai Ketua Biro (AJK)dan juga timbalan...Mereka dipertanggungjawap selaras tugas suami yang mengetuai unit/skn/cawang.Suami ketua ..isteri pun ketua.."fare n square" Saya menjelaskan apakah tanggung jawap sebagai AJK dan AJKK.. saling bantu membantu..dan puan puan yang tidak memegang apa apa jawatan ..janganlah melepas tangan..mengimarahkan majlis majlis atau program program supaya kehadiran puan puan menghilangkan rasa penat lelah para ajk dan ajkk yang menguruskan sebelum dan selepas event event yang rancangkan.Yang hadir menghulur bantuan dari segi keringat dan sumbangan barangan serta idea memang tersangat sangat dialu alukan.Give and Take memang sesuai di katakan.Pun jugak ..maklum kan kepada AJK dan AJKK sekiranya ada perkara perkara yang memerlukan bantuan..terutama dari segi Kebajikan ahli Bakat.Dengan adanya saluran saluran tertentu ..puan puan senang menuju kemana hendak di tuju..sekiranya berlaku perkara perkara yang memerlukan bimbingan.