Tuesday, October 11, 2011

Renungan Dari Jauh..Bahagian 1..

Terkilas lalu wajah wajah kawan2 yang terpampar di wall fb kawan saya(kawan sukaduka dialam remaja )..reunion yang dianjurnya cukup menyentuh hati saya..sedih juga saya tiada disana.Tapi ..Alhamdulillah,atas jasa baiknya,walau pun jauh saya dapat merasai suasana itu.Tahniah my dear...
Buat yang lain ada juga membantu..bila mengamati gambar2 lama ...rasa bermacam2 rasa..nak tergelak ada, nak sedih ada,rasa terkilan ada(terutama gambar kelas...saya tidak hadir huhuhu.....)tapi cukup membuat hati saya terhibur..
Bila tengok wajah2 yang seadanya kini, ada yang dapat dikenali dan ada yang termangu2 saya untuk mengingati. Ahhaa....ada kawan upload gambar cikgu2...dan masing2 cuba meneka dan bercerita tentang kisah2 yang memang
membuat saya terkekeh2 ketawa sendirian..Aduiii..saya ingat demo2 ni dah habis dah 'rugged minded',rupa2nya... emm.....sama je...tapi well behave....voila..
Antara story yang kawan2 saya cerita :beli colek(cicah)..bila habis kelas je..cepat2 menuju ke' pakcik colek'di
luar pagar sekulah..'best giler'colek buah nga keropok.Bila tengok cikgu chemistry(dah lupa nama),teringat saya dan
beberapa kawan saya kena berdiri diluar kelas sebab tak siap homework.. heheheee..sebenarnya tak berminat chemistry..Hohooo....cikgu disiplin...memang namanya disetiap bibir mulut anak murid..tapi jasanya memang berkesan.Cikgu Home Science(masa form 1 and 2)..ada 2 cikgu iaitu cikgu garang dan cikgu baik..Cikgu Physic.. kami panggil Mr.Jilo..(sebab 'zero' disebut 'jilo')...bila hari kantin,kelas kami yang banyak dapat kumpul duit...kelas terbersih...form teacher kami seorang yang pendiam dan susah nak senyum apatah lagi nak ketawa..
tapi kami sekelas buat dia ketawa terkekeh2..Imbau kembali semasa dalam lab biology..tajuk respirotary system..
masing2 bawa katak untuk eksperimen..tiba2 seekur katak terlepas..bertempiaran lari..ada yang lari kegelian.. ada yang lari untuk mengejar katak tu..hahahaa..memang seronok tika ini.
Itulah kawan2 sekelas saya(masa form 4 and form 5)..tidak pernah bertelingkah..masing2 ada keistimewaannya.. semacam adek beradek..walaupun ada yang berkerabat di raja,yang berada,yang berkedudukan tinggi..tapi semua itu tolak ketepi...saya rindukan mereka mereka ini..

Tuesday, October 4, 2011

Pasar Murah,Pasar Mahal

Dah 8 bulan saya tinggal di Provence,France ni.Explore tempat pun banyak dah,rasa2nya pengalaman tu dah luas sikit.Alhamdulillah.Tentang beli membeli pun bolih tahan jugak..cuma duit saja yang tak tahan..hehheee..
So,untuk menahan duit yang tak tahan ni terpaksalah bertanya kabar dengan local people ni tempat2 yang murah.
Dapatlah satu tip....kalau nak beli daging,ayam,kambing HALAL pergi lah ke Vitrolles,Gardanne dan Marseille.Bila saya survey,tahu dan fahamlah semua tempat yang disyorkan itu adalah dimana ramai Algeria,Tunisia dan Moroco yang berniaga disitu.Tidak semestinya daging halal sahaja yang murah bahkan ikan,barang2 dapur,sayur2an,buah2an dan apa2 barang yang lain pun memang murah especially di Marseille.
Kalau tempat2 mahal pulak biasalah di marche...kalau bab baju blouse,cardigan tu baik beli kat Malaysia jauh lebih murah kecuali yang berjenama yang bersale...itu patut grap...tak grap rugi tau....
Olive,memang fresh selalu...memang tempat lahir olive so puas hati kalau memakannya...hitam,hijau,putih,biji kundang dan light brown warna2nya.Minyak olive pulak kalau nak yang murah bolih didapati di Carrefour yang berjenamanya dan saya fikir berkualiti.Jus buah2an pulak kalau nak yang murah pun bolih didapati di Carrefour. Tentang minyak masak pulak..dari minyak sayur dan bunga2 pun murah di marche...daripada kedai2 Arab.
Jadi dua perbezaan nya..yang mana nak dibeli...untuk berjimat dan untuk dapatkan yang berkualiti.

Sunday, October 2, 2011

Di InterMarche

Pergi ke InterMarche.,di Bouc Bel Air,.doing some groceries dengan my hubby.Seronok juga memilih2 barang maklumlah bersama2 dengan suami ni rasa bebas nak ambik2 barang...especially tang ..membayar..
lebih kurang 1 jam lebih,kami ke counter bayaran..satu persatu cashier tu scan barang2 kami..Tiba2 dia menoleh kepada saya dan bercakap dalam bahasa perancis dengan lajunya,sambil menunjuk2 baju yang saya ambil dan tag harga di baju itu.Terpinga2 saya dan suami..je ne comprend pas.. anglais s'il vous plait..saya cakap padanya.Dia kata ;non je ne parler pas anglais.Dia pun terus memanggil security guard,minta dia bercakap dalam bahasa English.tapi si mamat ni pun tak reti juga...aduh..so...nasib baik ada one lady datang explain;baju yang saya beli tu kalau tak padan dan untuk buat tukaran, bolih, tapi mesti tunjuk resit dan tag harga baju tu.Oooo begitu...sambil itu cik cashier tadi, sambil menunjuk2kan seluar dalam yang suami saya beli tu..dia katakan seluar dalam tu tak bolih ditukar setelah di beli...kami :termasuk 2 dan 3 orang customers serta security guard ketawa terkekeh2.hai..makcik ni buat joke pulak.. begitulah ...bahasa...