Saturday, December 10, 2011

never mind oh never mind...

Dah hampir tengah malam,mata masih segar lagi...ambil kesempatan..teringat masa kecil dulu dialam 'primary school'.Saya dan kakak saya hanya 1 tahun sahaja beza umurnya.So kami adek beradek dan kamilah kawan rapat.. ceritanya macam ni..kami bersekulah 'melayu',abang saya bersekulah 'orang putih'..kami ni berminat sangat nak ber cakap bahasa inggeris ni..minta dengan abang saya satu perkataan ..abang saya kata"ginilah kau cakap nevermind bila orangtanya kamu"Apalagi..saya dan kakak seronok tak terhingga bila dapat cakap satu perkataan orang putih...
Mulai hari itu,kami berdua dengan bangga bila ada kawan2 bertanya dengan kami,kami terus cakap"nevermind.." Tersohorlah dengan kawan2 sekampung yang saya ni reti berbahasa orang putih..Nak tahu macammana soalan2 mereka? 1)eh kau dah makan ke belum?jawap saya...never mind..
2)nak kemana tu? jawap..never mind..kadang2 kami menjawap serentak..hehehe..cuba bayangkan...
3)sedaplah makan kat rumah makcik tadi. jawap...never mind...
never mind..never mind..never mind..selama seminggu dengan perkataan tu...adalah seorang hamba Allah ni bertanya kat saya ..kamu tahu ke erti never mind tu?tak..jawab saya,sambil tersipu2 malu..

Friday, December 9, 2011

macaron from provence...

Famous betul macaron yg dibuat dari putih telur..dan bermacam macam perisa:lemon,caramel,coffee,orange, strawberry,passion fruits,chocolate,vanilla,pistachios etc..manis memang manis..tapi lembutnya..saya mengikuti kelas masakannya..masa mix bahan2 untuk macaron tu sekejap sahaja tapi bila dah selesai acuannya,biarkan selama 50 minit...barulah dibakar dengan suhu yang tertentu.Masa diangkat dari oven tu..make sure humidity kering dan tidak sejuk,kalau sejuk yang bahagian bawahnya berlubang2...photo yg saya terakan disini: yang macaron chocolate dibawahnya tak elok disebabkan suhu sejuk semasa dikeluarkan dari oven.Dan macaron yg orange(passion fruits)dibawahnya elok kerana suhu yang kering..Dan untuk "la ganache " intinya..mix semua bahan2 dan disimpan dalam peti ais selama 30 minit.Bagi saya yang baru nak belajar memang rasa lama..yang dah biasa tak jadi masaalah..apa2 pun pengalaman itu penting..Macaron adalah sesuai dengan suhu yang kering..(dalam musim panas lagi sesuai...)kalau saya ,rasa teringin nak makan ..beli je lah..hehehe..kecuali nak buat jamuan ..buat jugalah...



Monday, December 5, 2011

Tetamu-tetamu dimusim Autumn..

26 Dec hingga 4 Dec memang full house..seramai 10 orang kesemuanya.Apalagi siapkan menu2 dan program2 ke destinasi2nya semasa penginapan mereka.Teringat kata pepatah"orang berbudi kita berbahasa",apabila seorang staff hubby saya offer kan renault espace 7 seater padanya..lega...so dapatlah kami membawa semua tetamu2 ke destinasinya.Biasalah area Provence iaitu Fontaine-de-Vaucluse(pilihan utama),I'Isle-sur-Sorgue,Marseille, Aix-En- Provence.Response dari mereka sememangnya mereka berpuas hati dan kata mereka"nak datang lagi"...hahaha... kan dah kata dah jatuh hati dengan alam semula jadi di Provence ini."thanks for the hospitality"ucapan dari mereka. Saya happy sebab dapat memberi layanan yang seadanya...letih memang letih,penat memang penat..tapi kepuasan yang penting untuk tetamu2 yang di hurmati.Semuanya dari Malaysia...dan akan balik ke Malaysia tak lama lagi. Hari ini,seperti biasa berkemas rumah dengan dibantu olih 3 maid saya..tanpa maid maid ni susah juga saya...siapa ya?? dishwasher,vacuum cleaner,washing machine...hehehe..voila..TAPI yang paling saya puas hati ialah saya adalah orang perantaraan tetamu saya untuk membeli belah..Alhamdulillah..nikmat Allah berikan pada saya.