Tuesday, July 31, 2018

Saigon Central Post Office

Sebuah post office yang unik..masih beroperasi seperti post office yang lain.Bila anda entering the building..di hujung Sana..terpampang potret Ho Chi Minh..

the souvenir shop


perkhidmatan seperti biasa.

post office yang mempunyai sejarahnya tersendiri.

My big brother


Teringat di tahun 60an..masa tu saya dan adek saya ..arwah Zainun Abidin...kami kesungai untuk mandi manda bersama rakan rakan sekampung.
Tiba tiba adek saya tenggelam timbul di bawa arus menuju ke lubuk pusaran air...tempat air yang lebih dalam..saya terus berenang dan sempat menarik rambut nya..tapi adek saya dengan kuat memaut bahu saya sehingga susah bagi saya untuk mengheretnya dari terus di bawa arus..lantas ..kami terkapai kapai kelemasan bersama.
Nasib baik abang saya datang mengheret kami berdua ke tebing sungai..memandangkan takat air setakat pinggang abang saya..dengan mudah abang menyelamat kami dari kelemasan di bawa arus.
Memang ketika itu ramai kawan kawan yang lain melihat kejadian itu..tapi ..itulah ..orang kata'darah daging kita'jugak yang mahu menolong kita bila berada dalam situasi begitu.
Saya terhutang budi dengan abang saya..saya doakan abang saya sentiasa sihat..sentiasa di beri taufik dan hidayah..sentiasa berlapang dada.