Tuesday, July 18, 2017

IBU MERTUA KU

Sudah 24 hari mak (panggilan untuk my mother inlaw) berada di hospital..dari hari pertama Aidil Fitri sehingga ke hari ini masih terlantar di hospital..mula mula di masukkan di Hospital Tawakkal .
When MRI ,dibuat..mak dipindahkan ke Hospital HUKM..


Mempunyai anak anak lelaki yang ramai..yang sudah pun berkahwin ..dan of course menantu menantu perempuan pun ramai lah..
Alhamdulillah ...kami biras biras take turn untuk menjaga mak...
Memang anak anak lelakinya sentiasa berada disisinya..tapi bila waktu menukar  lampin ..mak nak kan menantu perempuannya...kami semua faham..
Sakit mak ialah ada fracture di tulang belakang nya,menyebabkan mak tak bolih bangun..


Di HUKM,dah buat ct scan..dah buat endoscopy...kesian mak terpaksa harungi ini semua di usia begini...sabar dan tabah ya mak...dugaan mak Allah berikan.
Bila bersama mak..sambil menyapu minyak zaitun yang dihadiah olih kawan hubby dari Algeria..mak tak putus putus bercakap seperti mak semasa mak sihat ...


Alahai..rindu pulak dengan masakan mak..
Mak memang terkenal dengan hebat memasak...
Mula mula saya belajar memasak dengannya ialah sambal tumis nasi lemak..
Bila saya dan hubby berpindah ke Labuan dalam tahun 1980an..saya menulis surat pada nya minta resepi mee kari..singgang ikan..
Antara masakan yang memang tip top olihnya ialah..gulai lemak..
Suka mereka masakan.
Antara dessert yang sedap dan selalu mak masak dan buat ialah ..kueh kosui...kueh gunting..
Anak saya yang sulung dan yang kedua pernah di jaga dan diasuh untuk beberapa tahun..
Mak...semuga mak bertambah baik..redhalah ya mak..