Tuesday, October 4, 2011

Pasar Murah,Pasar Mahal

Dah 8 bulan saya tinggal di Provence,France ni.Explore tempat pun banyak dah,rasa2nya pengalaman tu dah luas sikit.Alhamdulillah.Tentang beli membeli pun bolih tahan jugak..cuma duit saja yang tak tahan..hehheee..
So,untuk menahan duit yang tak tahan ni terpaksalah bertanya kabar dengan local people ni tempat2 yang murah.
Dapatlah satu tip....kalau nak beli daging,ayam,kambing HALAL pergi lah ke Vitrolles,Gardanne dan Marseille.Bila saya survey,tahu dan fahamlah semua tempat yang disyorkan itu adalah dimana ramai Algeria,Tunisia dan Moroco yang berniaga disitu.Tidak semestinya daging halal sahaja yang murah bahkan ikan,barang2 dapur,sayur2an,buah2an dan apa2 barang yang lain pun memang murah especially di Marseille.
Kalau tempat2 mahal pulak biasalah di marche...kalau bab baju blouse,cardigan tu baik beli kat Malaysia jauh lebih murah kecuali yang berjenama yang bersale...itu patut grap...tak grap rugi tau....
Olive,memang fresh selalu...memang tempat lahir olive so puas hati kalau memakannya...hitam,hijau,putih,biji kundang dan light brown warna2nya.Minyak olive pulak kalau nak yang murah bolih didapati di Carrefour yang berjenamanya dan saya fikir berkualiti.Jus buah2an pulak kalau nak yang murah pun bolih didapati di Carrefour. Tentang minyak masak pulak..dari minyak sayur dan bunga2 pun murah di marche...daripada kedai2 Arab.
Jadi dua perbezaan nya..yang mana nak dibeli...untuk berjimat dan untuk dapatkan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment