Musim pertama, anak anak dah mula bersekulah di IBS,Luyne.Dan ibu ibu pun mula sibuk menguruskan rumahtangga,'femmes au foyer' kata orang Peranchis.Tapi saya,memandangkan anak anak semuanya tinggal di Malaysia,so..saya menyibukkan diri dengan aktiviti sendiri.Terasa benar kerinduan untuk bermain badminton..Saya mula menjadi member dengan kelab sukan 'Genae'Oxylane Village di Bouc Bel Air, since April 2011.
Dalam pada masa itu juga,kami,para isteri dah pun attend kelas bahasa Peranchis.Tempat kami belajar juga di IBS, Luyne.Hehehe.. masing masing meluahkan perasaan seronok,gelihati pun ada..ya lah..dah lama kami tak masuk kelas macam zaman persekulahan dulu.Yang bestnya,para suami menghantar para isteri dan anak anak kesekulah..so harmony,c'est vraiment super et really touching..
Haha..persiapan sebelum hari pertama belajar...masing masing sibuk membeli buku tulis,pencil box dan alat tulis yang lain..glue untuk tampal gambar pun ada..hii..Semangat...
Masa belajar kami dari pukul 8:30 pagi ke 10:00 pagi, disamping kami juga, ada beberapa students (wives)lain belajar bersama kami ,they are from Australia,German dan United States.Ada antara mereka dah lama tinggal di France tapi masih belum bolih menguasai bahasanya.
Selama dua bulan kami belajar..our wives berpakat supaya menambah waktu belajar kami dari 1 jam setengah kepada 3 jam tu...Dan, our Mdm.Nathalie Dupuy pun setuju dan terkejut dengan permintaan kami itu,selalunya students tak pernah minta 'belajar lebih masa.'.Peruntukan 50 jam untuk kami belajar berfrançais.Bermacam macam ragam menyebut perkataan french ni..but we enjoyed it.Kemudahan yang diberi memang kami guna dengan sepenuhnya.
Teringat masa baru baru sampai, ke pasar minggu di Gardanne,bila membeli sayur dan buah-buahan,buat pembayaran dengan duit yang besar (10 euro or 20 euro),sebab tak mahir lagi dengan duit syiling.Tapi sekarang,Alhamdulillah, dah immune..hehe..fier..
Dan,aktiviti pertama kami ialah ke Complex Sportif di Oxylane Village untuk bermain badminton,seminggu sekali,bersama sama dengan anak anak dan suami masing masing.Di Oxylane Village ini menyediakan bermacam macam aktiviti..'indoor and outdoor game'.Nanti next time saya story hal kompleks sukan ini.
No comments:
Post a Comment