Thursday, February 16, 2017

Wasiat Suami untuk Isteri tercinta..

PADA 15 FEB lalu..di Pejabat Tanah , selesai sudah Dan tercapai sudah hasrat,wasiat arwah ayah iaitu menyerah sebidang tanah kepada isterinya yang tercinta ..iaitu ibu saya jugak.
Kami adek beradek seramai 7 orang yang masih ada ..sebulat suara ..sehati sejiwa..tanpa berdolak dalih ..tanpa soal jawap ..bersetuju dan menyerah bahagian masing masing kepada ibu kami ..sayang ibu..
Alhamdulillah..saya mempunyai adek beradek yang selalu berlapang dada..tolong menolong..walaupun kami bukannya kaya raya.tapi kami menjaga silaturahim..menolong apa yang termampu..selalu berbincang bila ada perkara perkara yang patut kami bincangkan..Ya Allah ..berkatilah hidup keluarga kami adek beradek...aamiin.


 Sebelum tu ..ibu dan adek bertandang kerumah..hampir seminggu lebih ibu duduk dengan  saya ...selepas begitu lama ayah tiada ..baru kali ini ibu keluar rumah menjenguk kami...
Kami balik ke kampung bersama sama untuk menghadirkan diri diPejabat Tanah.
Pada pagi 15 feb tu ..saya dan adek beradek berjanji di RTC Temang untuk bersama sama breakfast..menikmati Nasi Berlauk Air Dingin..yang tersohor ketika ini..Kali ini saya yang belanja..
Sambil makan sambil bercerita..sekali sekala hilai tawa dari kami..abang sulong saya yang selalu ada cerita yang membuat kami ketawa atas gelagat dia bila berkomunikasi dengan orang ramai.


Kami sampai setengah jam awal dari masa temujanji..ibu selalu memastikan kami selalu on time dan awal kalau nak kemana mana..
Kami semua masuk kebilik berkenaan..ibu kata 'tok hakim' ..
"Tok Hakim" menyuruh kami mengangkat sumpah..dan kemudian mengutarakan beberapa soalan mengenai arwah ayah dan arwah adek..sebak terasa didada saya bila disebut sebut hal arwah arwah..bergenang airmata saya..kakak saya pun begitu juga...Kami semua akur apa yang "Tok Hakim" suarakan.
Dah selesai ..kami pun keluar dan sempat mengambil gambar bersama sama untuk kenangan.Sempat saya melihat air muka ibu ..ternyata airmata memenuhi matanya..terus saya memeluknya...
Mungkin ibu rasa terharu dengan anak anak nya yang sehati sejiwa menyerah bahagian masing masing tanpa banyak "songel"...tahu hati budi anak anaknya yang tidak tamak.Masih dan tetap menghurmati..taat pada ibu yang tercinta..banyak pengorbanan mu ibu..

No comments:

Post a Comment