Thursday, September 29, 2016

AYAH....

24 sept 2016..lebih kurang pukul 3 am pagi ..adek bongsu saya menalifon..kak..ayah jatuh dalam bilik air..patah pehanya.. Setengah jam kemudian my sister pun call..kami nekad untuk balik ke kampung..dengan menaiki kapal terbang..by 10am lebih kami sampai dan terus ke hospital.Dengan senyuman ayah menyambut kami..lega terasa dihati bila lihat ayah tersenyum.Adek adek lelaki saya serta anak anak mereka yang akan bergilir menjaga ayah.. Giliran saya menjaga ayah dihospital diwaktu siang..memandangkan adek adek serta my nephews bekerja so sayalah mengganti mereka.Ayah tak lekang dengan mulutnya berzikir...bila waktu solat.saya membantu ayah mengambil wuduk.First time ayah membenarkan saya menyediakan air manis untuknya dan menyediakan ikan selar bakar untuknya.Memandangkan keadaan katil dihospital tak selesa bagi ayah bersandar..saya membiarkan ayah bersandar dibelakang saya bila ayah nak makan..alahai syahdu dan rindu nya padamu ayah..Saya tidak lagi mendengar ayah mengaji Quran selepas solat Subuh..saya tidak lagi melihat ayah duduk dikerusi malas diruang tamu..tidak lagi melambai lambai tangan pada saya bila saya bertolak pulang kerumah saya..bila malam tidak lagi mengunci pintu pintu rumah..saya tidak lagi mendengar ayah bercerita tentang sukan kegemarannnya Tomoi...dia adalah seorang Tomoi jugak..BERITA adalah favourite nya...Walaupun saya sudah bercucu..bila balik berjumpa dengan nya..tetap menghulurkan duit untuk saya..Sekarang ..tidak lagi..selalu meredhakan.. DOA dari ayah sudah tidak ada lagi...tapi saya tetap berDOA semuga ayah bersama sama dengan hamba hamba Allah yang di rahmati...
Ibu ..buat kali terakhir menghabiskan nasi ayah yang tak dapat dihabiskan olih ayah semasa kami sama sama menjaga ayah dihospital.. Ibu menemani ayah sehingga ayah menghembus nafas yang terakhir ..yang berada dipangkuan ibu..Ibu memaut erat ayah.. Tabahnya ibu..saya tak tahu sejauh mana hati ibu menjerit..rasa kehilangan..kerinduan..kepiluan..sebak yang ditanggung...namun tidak dizahirkan. Kuat nya semangat ibu ..seperti kehilangan anaknya beberapa tahun lalu...Redha melebihi segalanya...
27 september 2016 ..ayah dibawa pulang kerumah diatas permintaannya..dan pada pagi 28 september..2.am..ayah menghembus nafasnya yang terakhir..kata adek ..ayah pergi dalam keaadan berzikir...Allah Akbar.. Selepas dimandikan..kami sekeluarga diberi peluang menatap wajahnya.Sungguh comel wajahnya. Cuaca yang mendung dengan 28 degrees c...cukup menyamankan pada hari itu..dan di Kubur Tok Panjang ayah disemadikan.. Pada malamnya kami sekeluarga membuat tahlil untuk arwah ayah..berkumpul semua kawan kawan..jiran sekampung..saudara mara..silaturahim tetap terjalin erat...

No comments:

Post a Comment