Thursday, October 27, 2016

KUAH KACANG NASI IMPIT DAN SAMBAL


RECIPE MY BELOVED SISTER IN LAW --JAWAHIR--
KUAH KACANG
Sukatan;

  1.  KACANG TANAH 1/2 KATI (GORENG TANPA MINYAK,BLEND DENGAN KULITNYA SEKALI) 
  2.  @ SERAI 3 BATANG DIKETUK 
  3.  @ BAWANG MERAH 1/2 KATI DIBLEND 
  4.  @ HALIA 1 INCH DIKETUK 


  •  @ BAWANG PUTIH 5 ULAS DIBLEND  @ CILI BO 4 SUDU BESAR                                                                                              TUMIS BAHAN BAHAN YANG BERTANDA @ HINGGA NAIK BAU WANGI  
  • MASUKKAN AIR 2/3 PERIUK TUMIS TADI ....MASUKKAN KACANG,GULA MELAKA,GULA PUTIH DAN GARAM BIAR SAMPAI PEKAT   

  •    
  •   SAMBAL IKAN
  1. IKAN KEMBONG 4 EKOR ( DIAMBIL ISINYA .fish fillet)
  • KELAPA 1 BIJI DIGORENG TANPA MINYAK DAN BLEND
  •  BAWANG MERAH 10 ULAS DIBLEND 
  • BAWANG PUTIH 3 ULAS DIBLEND 
  • SERAI 2 BATANG DIHIRIS HALUS 
  • HALIA 1/2 INCH 
  • GULA DAN GARAM 
  •  SEMUANYA DIGAUL BIAR SERASI

Wednesday, October 26, 2016

C'EST FACILLE...IT'S EASY...MUDAH JE MASAK..

MENU 1
Nasi Dagang
Sukatan:

  • 3 CAWAN. BERAS NASI DAGANG OR BERAS CAMPUR BERAS PULUT BUAT MACAM BIASA,
  • CUMA..AIR DITUKAR DENGAN SANTAN GARAM 1 SUDU KECIL
  • GULA 1 SUDU BESAR,
  • HALBA (rendam semalaman)1 sudu kecil,
  • HALIA (slice kecil)1/2 inch,
  • BAWANG MERAH (slice ) 4 ulas.
  • MASAK DENGAN RICE COOKER


MENU 2
Kerabu Perut
Sukatan:


  • SERAI
  • BAWANG MERAH
  • CILI PADI (dimayang/hiris/slice) 
  • PERUT DIREBUS HINGGA LEMBUT (slice) 
  • UDANG KERING DITUMBUK GARAM,GULA,LIMAU/LEMON(ambil jusnya) 
  • GAUL SEMUANYA 
MENU 3 
MASAK ASAM DAGING 
Sukatan:

  • SERAI 2 BATANG DIKETUK 
  • BAHAN YANG PERLU DIBLEND: LENGKUAS,HALIA, BAWANG PUTIH,BAWANG BESAR,CILI BO DAN BELACAN 
  • GAUL BAHAN BAHAN SEMUA DENGAN DAGING,MASAK SAMPAI EMPUK DENGAN SLOW COOK 
  • MASUKKAN AIR,GARAM,ASAM KEPING DAN DAUN KESUM. BIAR MENDIDIH SELAMA 10 MINIT. 
MENU 4 
DAGING SINGGANG 
Sukatan: 
  • SEGENGGAM REMPAH BIJI/KETUMBAR DI BLEND 
  • HALIA 1 1/2 INCH DI HIRIS 
  • LENGKUAS 1 1/2 INCH DIHIRIS 
  • GAUL SEMUA BAHAN DIATAS DENGAN DAGING MASAK DENGAN SLOW COOK WITHOUT WATER 
  • BILA EMPUK..MASUKKAN AIR,BAWANG PUTIH,BAWANG MERAH,GARAM.GULA DAN ASAM KEPING,CILI BO DAN SERBUK PERASA. 
MENU 5 
KUAH PERCIK 
Sukatan:
  • 1 EKOR AYAM 
  • HALIA 1/2 INCH 
  • KELAPA 1 BIJI AMBIL SANTAN PEKATNYA 
  • BAWANG MERAH 10 ULAS 
  • CILI BO GARAM,GULA,ASAM JAWA,TEPUNG BERAS 
  • CAMPUR SEMUA..MASAK BIAR LAMA HINGGA PECAH MINYAK DENGAN SLOW COOK 
*BAHAN PERAPAN; HALIA 1/2 INCH SERAI 1 BATANG GARAM DITUMBUK/BLEND DAN GAULKAN DENGAN AYAM
  •  KALAU REBUS BUBUH SANTAN SIKIT ATAU KUKUS SAMPAI MASAK

Thursday, September 29, 2016

AYAH....

24 sept 2016..lebih kurang pukul 3 am pagi ..adek bongsu saya menalifon..kak..ayah jatuh dalam bilik air..patah pehanya.. Setengah jam kemudian my sister pun call..kami nekad untuk balik ke kampung..dengan menaiki kapal terbang..by 10am lebih kami sampai dan terus ke hospital.Dengan senyuman ayah menyambut kami..lega terasa dihati bila lihat ayah tersenyum.Adek adek lelaki saya serta anak anak mereka yang akan bergilir menjaga ayah.. Giliran saya menjaga ayah dihospital diwaktu siang..memandangkan adek adek serta my nephews bekerja so sayalah mengganti mereka.Ayah tak lekang dengan mulutnya berzikir...bila waktu solat.saya membantu ayah mengambil wuduk.First time ayah membenarkan saya menyediakan air manis untuknya dan menyediakan ikan selar bakar untuknya.Memandangkan keadaan katil dihospital tak selesa bagi ayah bersandar..saya membiarkan ayah bersandar dibelakang saya bila ayah nak makan..alahai syahdu dan rindu nya padamu ayah..Saya tidak lagi mendengar ayah mengaji Quran selepas solat Subuh..saya tidak lagi melihat ayah duduk dikerusi malas diruang tamu..tidak lagi melambai lambai tangan pada saya bila saya bertolak pulang kerumah saya..bila malam tidak lagi mengunci pintu pintu rumah..saya tidak lagi mendengar ayah bercerita tentang sukan kegemarannnya Tomoi...dia adalah seorang Tomoi jugak..BERITA adalah favourite nya...Walaupun saya sudah bercucu..bila balik berjumpa dengan nya..tetap menghulurkan duit untuk saya..Sekarang ..tidak lagi..selalu meredhakan.. DOA dari ayah sudah tidak ada lagi...tapi saya tetap berDOA semuga ayah bersama sama dengan hamba hamba Allah yang di rahmati...
Ibu ..buat kali terakhir menghabiskan nasi ayah yang tak dapat dihabiskan olih ayah semasa kami sama sama menjaga ayah dihospital.. Ibu menemani ayah sehingga ayah menghembus nafas yang terakhir ..yang berada dipangkuan ibu..Ibu memaut erat ayah.. Tabahnya ibu..saya tak tahu sejauh mana hati ibu menjerit..rasa kehilangan..kerinduan..kepiluan..sebak yang ditanggung...namun tidak dizahirkan. Kuat nya semangat ibu ..seperti kehilangan anaknya beberapa tahun lalu...Redha melebihi segalanya...
27 september 2016 ..ayah dibawa pulang kerumah diatas permintaannya..dan pada pagi 28 september..2.am..ayah menghembus nafasnya yang terakhir..kata adek ..ayah pergi dalam keaadan berzikir...Allah Akbar.. Selepas dimandikan..kami sekeluarga diberi peluang menatap wajahnya.Sungguh comel wajahnya. Cuaca yang mendung dengan 28 degrees c...cukup menyamankan pada hari itu..dan di Kubur Tok Panjang ayah disemadikan.. Pada malamnya kami sekeluarga membuat tahlil untuk arwah ayah..berkumpul semua kawan kawan..jiran sekampung..saudara mara..silaturahim tetap terjalin erat...

Thursday, September 22, 2016

DATIN NENEK PENGERUSI BAKAT BASE

21 September 2016...on wednesday morning..tugas sebagai pengerusi Bakat Pangkalan sudah selesai...Alhamdulillah ..semuanya berjalan dengan lancar. Cuma ..semasa saya memberi speech yg terakhir kepada ahli ahli Bakat..sebak jugak hati saya dan tanpa disedari air mata meleleh keluar.. Maklumlah..selama 2 tahun 5 bulan sebagai Pengerusi..bermacam macam kerenah yang saya hadapi dari adek adek ..hehe..saya anggap mereka itu adek adek saya..we are in one community..BAKAT.. Selalu berlapang dada menerima apa apa teguran dan aduan dari mereka.Be a good listener to maintain the good relationship.Maklumlah ..kita kena faham setiap individu itu berlainan keilmuannya.. Selisih faham...ketidak puasan antara satu sama lain..itu adalah lumrah kehidupan manusia..dimana mana organisasi semuanya sama.. Saya pun ada kawan kawan dari Perkep..Puspanita..MPWK..Pelitawanis dan beberapa pertubuhan lain pun serupa jugak cabaran mereka.. Tapi selaku Pengerusi ..saya ignore semua itu..janji event atau program Bakat berjalan dengan lancar..nampaknya Alhamdulillah..soal soal peribadi dapat diketepikan demi menjayakan event Bakat..umpama" menarik benang dalam tepung"jangan putus benang dan jangan berselerak tepung..huhuhu.. Kerenah adek adek saya yg berpuluh puluh orang malahan ratusan itu ..mematangkan fikiran dan pengalaman saya..BERZIKIR banyak membantu memberi ketenangan hati saya.. Pengorbanan?of course dari semua sudut..duit..buah fikiran..tenaga..saya buat yang termampu.Memang saya berharap adek adek saya terutama sebagai surirumah sepenuh masa mempunyai keyakinan diri..berwibawa..berilmu..peka dengan keadaan dunia kini..tapi perlu ambil masa juga..maklumlah..keupayaan seseorang adalah berbeza..bukan senang nak ubah "life style"seseorang... Pernah juga saya war war kan pada adek adek yang sibuk bekerja..yang sibuk dengan anak anak..supaya meluangkan masa..melayan diri sendiri..seperti ke SPA..sekali sekala ke salon Manicure dan Pedicure..bukan apa ..mencantikkan diri..bukan apa ..untuk tatapan suami masing masing juga..ehhemmm.. Pernah ada a few wives mengadu pada saya..suami sibuk kerja..dan isteri pun sibuk dan ada jugak isteri tak kerja tapi sibuk mengurus anak anak ..mereka mengadu tak pernah keluar bercuti.." Family Trip"...kata mereka..kalau bercuti..balik kampung.. Saya pun apa lagi..terus bagi cadangan dan galakan agar adek adek memujuk encik suami masing masing bercuti bersama anak isteri ..walau setahun sekali..walau bercuti didalam negara sendiri..sekurang kurangnya bolih merasa duduk di hotel ke..di homestay ke..di resort ke..Rancang cuti awal ..menjimatkan. Dengan Pegawai Bakat..always berinteraksi..Sepanjang menjadi Pengerusi ...hanya seorang Peg Bakat Pangkalan..cukup seorang saja sebab kami ada peg Bakat Penyelaras dari unit masing masing yang akan membantu Peg Bakat Pangkalan..so far so good.. Everything on time. Kami jugak ada setiausaha dari anggota dan seorang dari ahli Bakat sendiri.Group Whatssap ada 2 iaitu 1) Peg Bakat dan AJK...2)Ahli ahli Bakat Pangkalan keseluruhannya. Tujuaanya..untuk mempercepatkan message sampai bila ada apa apa aktiviti atau berita... Hahaha..selalu nya BERITA..Pernama Sale pada setiap hari Rabu..😆 Kami tetap bagi sokongan dengan barang barang Pernama...jiran kami tu.. Selalu memberi semangat pada adek adek mengikut apa yang mereka inginkan... Alhamdulillah ada yang menyambut dengan baik..bila ada meeting je..saya bagi peluang mereka bercakap .. Saya selalu meminta dengan adek adek supaya memberi cadangan..buah fikiran..maklumlah mereka generasi baru..saya ni dah diambang senja..hehehe.. Well..memang betul..ada yang bernas fikiran mereka..apalagi saya terima je..tak perlu saya berfikir lama..ambil je buah fikiran mereka.. Depa suka..saya lagi suka.. Saya sebenarnya..nak kan mereka berani bercakap.."speak out"..Kalau saya buat meeting just straight to the point..short and sharp..maklumlah..saya ada cucu nak kena uruskan..mereka tu apalagi ada anak anak nak kena uruskan..dan selebihnya .kalau ada hal hal yg ralat ..kami just whatssap dalam group. Alhamdulillah semua ahli dan anggota serta penjawat awam bekerjasama bila ada apa apa event dirumah Bakat atau sekitar base. Dengan adek adek saya ni..saya guna 3 kaedah untuk menangani apa apa hal.. Pertama ..dengan perbuatan..iaitu tingkah laku saya..contohnya..datang meeting tepat waktunya...dah habis meeting ..terus balik..kalau ada hal hal personal..datang kerumah atau talipon jangan whatssap.Kalau whatssap takut takut kena "copy n paste"pulak..mesti alert tu wahai pengerusi.. Kedua...dengan kata-kata...iaitu selalu tegur menegur secara lembut..berhemah ..dan berfakta..tahu tahu je lah..hati wanita..hati ibu..hati isteri..saya selalu menegur dan bagi cadangan supaya adek adek berfikir..explore fikiran mereka lebih jauh..selalunya saya memberitahu tentang pengalaman saya..terutama pengalaman berada diluar negara..bercerita kepada adek adek tentang civilisation..tentang betapa untungnya to be a Malaysian..tinggal dibumi Malaysia..berbanding apa yg dah terjadi kepada saudara seagama diluar sana.. Sempat jugak saya memberi cadangan agar menguasai sekurang kurangnya 3 bahasa asing. Ketiga...dengan berdoa ..iaitu bila perbuatan dan kata kata dari saya sebagai Pengerusi tidak di endahkan..hanya dengan doa sajalah..selemah lemah usaha yg dapat saya berikan.Berdoa agar adek adek sedar tanggung jawab mereka sebagai ahli Bakat..sebagai seorang isteri tentera..apakah sumbangan mereka kepada komunitinya..saya sentiasa bersedia berkongsi pengalaman..mulai join Bakat semasa di Labuan 1987..iaitu bermain Badminton didalam hanger base..terus wakil Bakat Airforce...hehe..sohor sikit. And right now.. Datin nenek ini kembali tinggal bersama anak anak dan cucu cucu serta ibu mertua yang sudah lama menunggu kepulangan kami...Alhamdulillah..berkat sabar.. Dan datin nenek ni tetap senyum kepuasan..bolih lebarkan kerjaya membawa kawan kawan pergi melancung didalam dan diluar negara..In sya Allah.Dan jugak Datin nenek ni tersenyum lebar dihati bersyukur kerana dapatlah selalu menjenguk ibu dan ayah serta saudara mara di.kampung..aamiin. ALAHAI DATIN NENEK..😉

Monday, July 18, 2016

FOR MY TWO " BESAN" ...hariraya gift..

tahun ni terasa nak buat hamper gift buat besan besan saya...so belilah serba sedikit kueh mueh...salah satu hamper tu saya isikan dengan fruits cake ..memandang kan my besan ni suka fruits cake..

BASKET OF FRUITS FOR BRIDE

Wednesday, July 6, 2016

Sepanjang Ramadhan

Tak terasa Ramadhan berlalu begitu cepat..mungkin saya sibuk melayan cucu Dan bertadarus ..berterawih.. Sekali sekala keluar berbuka puasa atas jemputan kawan kawan..Terusik hati ..terasa pilu syahdu bila saya terserempak dengan few group anak anak yatim di ruang legar mall atau pusat beli belah yang dibiayai olih badan badan berkanun..individu..dan syarikat syarikat swasta.. Setiap kali saya ke pusat beli belah maka setiap kali saya terserempak dengan anak anak yatim..get ready untuk shopping baju raya..senyum simpul..terjelas diwajah mereka.. Kepuasan dapat dirasa..kerana dapat memilih sendiri baju raya.. Pun begitu juga ..dimedia media..banyak mempamerkan sedekah Dan derma dari pihak pihak tertentu.. Alor....berbeza dengan sebelum ini..para dermawan pergi kepejabat menghulur derma atau menjamu makan dirumah anak yatim..tapi sekarang mereka mengajak anak anak yatim keluar dari penginapan mereka ..menjamu selera yang diraikan di hotel hotel terkemuka..oolala. Hebat sungguh golongan dermawan ini. Semuga barakah tidak henti henti untuk mereka..