Banyak juga menu hari ini..sambal tumis petai ikan bilis,gulai telur,daging goreng,isi ayam goreng kunyit, kurma udang,salad dan buah zaitun,hati ayam masak kicap...hmmm..sempena menyambut kepulangan hubby yang akan sampai petang nanti dari Kuala Lumpur.
Bila petang dan setibanya my hubby dirumah,terus kami menjamu selera kerana kami semua memang lapar.. Habis je late lunch kami..my hubby dan anak bongsu saya keruang tamu....saya masih didapur untuk menyediakan desert dan teh tarik,kegemaran keluarga.Tiba2 terdengar" hemmm bestnyer home sweet home..."my hubby bersuara..
Dalam hati saya...:Alhamdulillah', rasa hilang penat memasak,mengemas saya pada hari ini...bila mendengar luahan suami tadi..dia tak perasan pun yang saya bolih mendengar kata2nya tadi.Tapi bagi saya,sebagai seorang isteri sun
gguh terharu ...terasa diri masih 'dihargai'.Almaklumlah,sejak umur meningkat kealam 50an memang manja je..
No comments:
Post a Comment