Friday, March 23, 2012

Menyempurnakan apa yang tersirat

"Dah dua kali dah saya bermimpi yang saya buat tahlil untuk arwah adik Bidin ni.."kata hubby sambil memandang sayu kepada saya.Saya memberi sokongan dan mengiyakan cadangan tahlil olihnya.Mungkin itu tanggung jawab, yang dapat di hadiahkan untuk arwah..
Sabtu ..17 mac..kami mengadakan tahlil dan my hubby pun berpuas hati terutama dengan kehadiran students serta sahabat handai yang banyak membantu.
Saya menelefon ibu untuk bertanya kabar.Nada suara ibu kali ini lebih bersemangat dari dihari lepas..tapi ibu masih bercerita dihari hari terakhir arwah bersamanya....ibu menjaganya seperti semasa kecil kecil dulu..makan minum di suap,bak kata 'bagai menatang minyak yang penuh' melayannya.Dan ibu redha serta berpuas hati kerana anaknya 'pergi' ketika didalam pelukannya.
Dalam hati saya..beruntung adikku,kedua ibu dan ayah berada disisi..."lahirnya, kedua ibu dan ayah berada
disisi dan kembali nya kepada Allah pun kedua ibu dan ayah berada disisi."Alhamdulillah..Apa apa pun hanya Allah sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment