Adik ku..Zainun Abidin telah kembali mengadap Ilahi pada hari ini 14.03.2012 Rabu bersamaan 21 Rabiulakhir 1433. Masih terbayang lagi semasa saya balik ke kampung berjumpa dengannya pada bulan Februari yang lepas...semasa saya hendak bertolak pulang... kami bersalaman,dan tanpa sedari saya dan dia menangis dan berpelukan dan arwah mencium tangan saya.. sambil berkata"maafkanlah kita ni kak ji.."
Aduhai..sungguh memilukan disaat saat itu...
Berita kematiannya di sampaikan olih anak perempuan saya yang tinggal di Malaysia.Suami terus menelefon ibu saya tapi saya tak dapat bercakap dengan ibu buat seketika..cuma suami yang bercakap dengan ibu.Tapi, kali kedua suami menelefon ibu kerana saya perlu berbicara dengan ibu..sambil menahan sebak ..saya bertanyakan ibu.. Kata ibu: tak apa,dia pergi dengan elok,ibu dan ayah berada disisinya sampai dia menghembus nafasnya yang terakhir. Dan dia tak lekang menyebut nama Allah...tak apalah kamu tak balik sebab jauh,lagi pun kamu baru berjumpa dengannya..: Suara yang tenang dari ibu...saya yang mendengar pun tenang juga bila tahu ibu yang kehilangan anak sebentar tadi cukup tenang..mungkin itu kelebihan seorang wanita yang bergelar ibu...
Al Fatehah untuk adikku..
No comments:
Post a Comment