Hari ini seperti diwarwarkan sebagai hari Wanita Sedunia..saya nak 'beremo'sikit pasal topic ni..
Wanita sebagai ibu..yang menentukan ketrampilan diri anak2 maupun nurani dan jasmani.Yang berjaya mendidik, dah tentu kepuasan baginya.Yang masih terumbang ambing,kesusahan,kepayahan ditanggung sendiri.. pada yang tanpa bantuan..tapi diteruskan juga demi anak2 tercinta.
Wanita sebagai isteri..sudah lumrah taat pada suami.Pada yang bersuamikan'indah kabar,indahlah rupa' dah tentu bonus baginya.Tapi pada yang sebaliknya..remuknya hati,pilunya hati pada suami yang dulunya kekasih.. yang selalu'mengukir kata cinta',yang selalu bertanya kabar,romantik tuturkata..Tiba2..hilang tuntunan matahatinya.. tapi diteruskan juga untuk yang gigih..tapi pada yang tewas..sedih mengenangkan nasib mereka.
Wanita kerjaya belum berstatus ibu dan isteri..'sandaran' yang sedikit sebanyak menguatkan semangat..pun begitu keinginan memiliki semuanya.Alahai..mereka lebih beruntung daripada wanita yang tak bekerjaya belum berstatus isteri dan lebih bernasib baik dari wanita yang berstatus ibu,isteri yang sering di abaikan.
Wanita solehan kalau dibiarkan ...di-ugah,dihina,digoda..selamat ke titian yang benar.
Wanita ego kalau dibiarkan..punahlah segalanya..kesian bagi mereka yang 'tewas' ini.Walau didunia mereka 'gah' terhadap apa yang mereka miliki.
Wanita untuk wanita...janganlah kerana kerakusan diri sendiri sanggup pula menghiris hati wanita yang lain.
Wanita untuk wanita...bangga dan bersyukurlah melihat kegembiraan wanita yang lain.
Wanita untuk wanita...bangunlah dari kemurungan,teruskan kegigihan sebagai umat yang sempurna.
Wanita untuk wanita...jangan lupa wanita pun ada bahagiannya didunia dan diakhirat.
Khas untuk ibu ku yang ku sanjungi,ku kagumi selama ini....
No comments:
Post a Comment